Pulau Pinang Miliki 9 Stesen Pengecas PERCUMA Untuk E-Motosikal

Untuk merealisasikan visi menjadi sebuah bandar rendah emisi karbon, Pulau Pinang bakal dilengkapkan dengan sembilan buah stesen pengecas motosikal elektrik atau e-motosikal untuk digunakan orang ramai secara percuma.
Usaha ini merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Green Council (PGC) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Tiga Daripada Sembilan Lokasi Pengecasan Yang Telah Mula Beroperasi

Foto: Harian Metro
"Tiga lokasi yang sudah mempunyai kemudahan ini ialah di Astaka Persiaran Gurney, Medan Renong Padang Kota Lama dan Astaka Batu Lanchang.
"Antara enam stesen yang bakal beroperasi tidak lama lagi ialah di Kompleks Bukit Gedung, Kompleks MBPP Lebuh Pantai, Kompleks Bukit Jambul dan Kompleks Sri Selera Bayan Baru," katanya di sini, hari ini.
Penggunaan E-Motosikal Yang Masih Rendah

Untuk menggalakkan penggunaan e-motosikal, syarikat Eclimo telah memberikan skuter elektrik kepada seramai 50 penghantar makanan di negeri ini sebagai projek perintis.
"Kami turut melihat kemudahan stesen pengecasan percuma seperti ini boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan kenderaan elektrik sekali gus meringankan kos bahan api yang terpaksa ditanggung pekerja perkhidmatan itu sebelum ini," katanya.
Pengalaman Pengguna E-Motosikal
Salah seorang peserta yang terlibat dalam projek ini, Mohd Izzudin Izhar, 26, berkongsi pengalamannya menggunakan skuter elektrik yang diberikan secara percuma untuk kegunaan selama sebulan.
"Ia memang menjimatkan kerana sebelum ini kami mengeluarkan lebih RM20 sehari untuk kos petrol dan selepas ini kami turut berpeluang menyewa skuter ini dengan bayaran RM15 sehari sahaja.
"Ia masih berbaloi kerana kami tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk penyelenggaraan motosikal seperti kos menukar minyak hitam semahal RM60 yang perlu dibuat dua hingga tiga kali sebulan bergantung kepada kekerapan operasi dan jarak perjalanan," katanya.

Model yang digunakan dapat menempuh perjalanan sejauh 150 km dengan hanya sekali cas. Waktu yang diambil untuk dicas sehingga penuh pula hanya 30 minit.
Baca: Nenek 63 Tahun Ini Hasilkan EV Berkuasa Solar Sendiri! Hebat!
Mengalu-Alukan Kerjasama Dengan Agensi Lain Untuk Menggalakkan Penggunaan Kenderaan Elektrik
Kerajaan negeri turut mengalu-alukan kerjasama dengan pengeluar e-motosikal dan juga syarikat penghantaran tempatan dalam menyediakan lebih banyak stesen pengecasan percuma untuk kegunaan orang ramai.
Dengan inisiatif ini, diharapkan lebih ramai orang akan beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik.
Baca: Wanita Ini Terajui Penghasilan Kereta Elektrik Pertama UAE
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7582
SELANGOR
BSU2324
JOHOR
JF2740J
PULAU PINANG
PSG1450
PERAK
APL9182
PAHANG
CFH9255
KEDAH
KGJ3503
NEGERI SEMBILAN
NEM1843
KOTA KINABALU
SJU4280
KUCHING
QAB7068P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia EV6 Di Pameran Auto WapCar 2022 Di Pavilion Bukit Jalil
Orang ramai dijemput untuk memeriahkan WapCar Auto Show 2022.
01-07-2022
MBPG Kini Guna EV
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menggantikan lima kereta rasminya dengan kenderaan elektrik (EV).
10-06-2022
Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!
Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah menyerahkan kunci Hyundai Kona Electric kepada 13 pelanggan pertama di negara ini.
06-04-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Perhatian! Baca Ini Sebelum Membeli Kereta Elektrik!
Maklumat yang anda perlu tahu sebelum membeli kenderaan elektrik.
11-01-2022
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat