ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Toyota Veloz Serba Baharu Kini Dibuka, Lebih Baik Dari Avanza?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor telah mengumumkan pembukaan tempahan bagi Toyota Veloz serba baharu, sebuah MPV 7 tempat duduk yang telah pun dilancarkan di negara Indonesia November lalu. Di Malaysia, UMWT memaklumkan bahawa model ini menjadi pengganti kepada Avanza dan tampil dengan spesifikasi dan ciri yang lebih canggih.


Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K. berkata, “Dengan pengecualian SST yang berakhir pada 30 Jun, 2022, bermulanya pengambilan pesanan untuk Toyota Veloz serba baharu pada hari ini merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan atas sokongan mereka terhadap jenama Toyota.


“Kami berharap peminat Toyota dan pembeli lain yang ingin membeli kereta ini untuk keluarga, akan mengambil peluang dan memanfaatkan pengecualian SST sebelum ia tamat.”


Enjin Toyota Veloz Serba Baharu


Toyota Veloz serba baharu ini menggunakan enjin petrol 4 silinder 2NR-VE Toyota 1.5L yang digabungkan dengan transmisi CVT 7 kelajuan. Jika dibandingkan dengan Avanza, prestasi Toyota Veloz adalah jauh lebih baik dengan suspensi dan platform pacuan roda depan (FWD) baharu. 


Luaran Toyota Veloz Serba Baharu




Toyota Veloz menggunakan lampu depan LED dengan lampu pencahayaan siang (DRL). Turut terdapat rel bumbung untuk memberikan ruang kargo tambahan kepada pengguna selain ruang but yang berkapasiti 408L (dengan tempat duduk barisan ketiga dilipatkan). 


Dalaman Toyota Veloz Serba Baharu




Bergerak ke bahagian dalam kereta, Toyota Veloz menggunakan kluster instrumen digital bersaiz 7 inci yang memaparkan pelbagai info serta sistem infotainmen bersaiz 9 inci dengan sambungan tanpa wayar kepada Apple CarPlay dan Android. Kemudahan yang disediakan ialah pengecas tanpa wayar “Qi” dan juga beberapa port pengecasan USB. 


Kereta turut hadir dengan sistem brek parkir elektrik serta brek pegun automatik untuk memudahkan pengguna semasa parkir dan ketika berada dalam kesesakan trafik. 


Ciri Keselamatan Toyota Veloz Serba Baharu


Sepertimana model-model lain keluaran UMWT, Veloz dilengkapkan dengan teknologi Toyota Safety Sense. Ini merupakan pakej keselamatan aktif yang membantu pemandu agar sentiasa berwaspada dengan kemalangan yang berpotensi untuk berlaku. Teknologi ini terdiri daripada sistem pra-pelanggaran (PCS) dan kawalan jelajah adaptif (ACC).


Tempahan Toyota Veloz Serba Baharu


Tempahan Toyota Veloz sudah mula dibuka hari ini di mana-mana bilik pameran Toyota di seluruh negara. Model ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu:




i. Metalik perak (silver) dengan bumbung hitam 

ii. Metalik biru dengan bumbung hitam 

iii. Putih

iv. Metalik hitam kebiruan (bluish black)

v. Metalik merah 


Harga yang ditawarkan di atas jalan (OTR) ialah RM95, 000.00 tanpa insurans. Untuk maklumat lanjut, boleh layari toyota.com.my atau hubungi 1- 800-88-TOYOTA (869682).


Senarai Harga Toyota Veloz Serba Baharu




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE5834

SELANGOR

BSR3247

JOHOR

JYB7162

PULAU PINANG

PSD4735

PERAK

APJ5421

PAHANG

CFG9541

KEDAH

KGG7895

NEGERI SEMBILAN

NEK7927

KOTA KINABALU

SJS7792

KUCHING

QAB1307P

Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

23-04-2026
Berita Auto

07-08-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

09-06-2023
Berita Auto

09-05-2023
Berita Auto

06-04-2023
Berita Auto

19-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.