[VIDEO] “Kena Tinggal Sebab Tak Lambai,” Pak Cik Tua Kongsi Pengalamannya

Sebagai sebuah negara yang membangun, sistem pengangkutan awam di Malaysia seharusnya lebih efisien dan sistematik. Kita perlulah mencontohi negara-negara lain yang mampu menyediakan sistem pengangkutan awam yang berkualiti demi mengurangkan kesesakan jalan raya dan sekaligus mengurangkan pelepasan karbon kenderaan persendirian di jalan raya.
Namun apa yang berlaku di negara kita adalah sebaliknya.
Baru-baru ini, satu perkongsian di TikTok oleh Serafina Amelia yang menunjukkan pengalamannya menggunakan pengangkutan awam tular.
Menurut Serafina, dia ingin menggunakan perkhidmatan bas awam untuk menuju ke stesen MRT yang terletak di TTDI dari Damansara Uptown.
Ini kisahnya…
Melihat daripada jadual bas yang terpampang di perhentian tersebut, bas sepatutnya setiap 10 ke 15 minit. Namun, Serafina dan temannya sudah menanti hampir dua jam tanpa satu pun bas yang kunjung tiba.
Datang seorang pak cik tua
Sewaktu menunggu, seorang pak cik tua datang mendekati mereka, dan memaklumkan bahawa waktu menunggu bas yang lama itu sebenarnya satu perkara biasa.

“Sebab itulah kalau awak nak cepat, lebih baik ambil teksi,” ujar lelaki tersebut.
Perlu melambai untuk berhentikan bas

Tidak cukup dengan itu, Serafina turut diberitahu yang bas hanya akan berhenti bila tangan dilambaikan. Sekiranya tidak melambai, bas akan berlalu begitu sahaja dan mengabaikan orang yang menunggu di perhentian tersebut.
Kecewa dengan pengangkutan awam Malaysia
Mendengarkan perkara ini, Serafina meluahkan rasa kecewa. Dengan pengalamannya mengunjungi negara luar seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaik kualiti pengangkutan awam di negara ini.
Serafina cuba mendapatkan perhatian ahli politik tentang isu ini melalui media sosial:
Buat masa ini masih tiada komen daripada kedua-dua ahli politik yang ‘diseru’ termasuklah Menteri Pengangkutan sendiri. Namun ciapan tersebut menerima maklum balas daripada RapidKL yang akan mengkaji isu tersebut.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5435
SELANGOR
BSU3563
JOHOR
JF5471J
PULAU PINANG
PSG3466
PERAK
APM1687
PAHANG
CFJ281
KEDAH
KGJ4297
NEGERI SEMBILAN
NEM2486
KOTA KINABALU
SJU5044
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 11 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge