- Berita
- Berita Auto
- Audi RS7 2022 Exclusive Edition Hanya 23 Unit Di Dunia! Bermula Dari RM737K, Apa Yang Istimewa?
Audi RS7 2022 Exclusive Edition Hanya 23 Unit Di Dunia! Bermula Dari RM737K, Apa Yang Istimewa?

Ditawarkan pada harga bermula daripada USD 166,495 (RM 737,079.90), Audi RS7 2022 Exclusive Edition dikeluarkan dalam kuantiti terhad iaitu hanya sebanyak 23 unit di dunia!
PRESTASI AUDI RS7 2022 EXCLUSIVE EDITION
Model keluaran terhad ini menggunakan enjin V8 4.0L berpengecas turbo yang memberikan output setinggi 591hp/ 441kW dan tork 800Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan kesemua roda Quattro dengan transmisi lapan kelajuan. Dengan kuasa ini kereta mampu melakukan pecutan daripada 0-96 km/j dalam masa 3.5 saat dan mencapai tahap kelajuan tertinggi 306 km/j.
BAHAGIAN LUAR AUDI RS7 2022 EXCLUSIVE EDITION

Audi RS7 2022 Exclusive Edition didatangkan dalam warna efek mutiara Mamba Black. Jika dilihat secara di depan mata, dapat dilihat undertone berwarna biru. Model ini turut didatangkan dengan pakej Optik Karbon yang menggunakan gentian karbon pada spoiler depan, perumah cermin dan diffuser belakang. Pakej Optik Hitam turut ditawarkan untuk menggelapkan logo cincin Audi dan logo-logo yang lain.
Model ini menggunakan roda bersaiz 22 inci dengan lima jejari berbentuk V dalam kemasan antrasit (sejenis warna hitam). Roda ini digunakan dengan tayar prestasi musim panas 285/30.
Kelengkapan lain model eksklusif ini ialah cakera brek seramik dan kaliper biru dengan rotor bersaiz 17.3 inci di depan dan 14.6 inci di belakang.
KABIN AUDI RS7 2022 EXCLUSIVE EDITION

Bergerak ke bahagian dalam Audi RS7 2022 Exclusive Edition, sentuhan yang diberikan penuh dengan perincian. Beberapa bahagian kabin kereta dibalut dengan kulit berwarna hitam bersama jahitan berwarna Biru Sepang (Sepang Blue). Pakej eksklusif balutan kulit ini dapat dilihat pada tempat rehat lengan pada pintu kereta, bahagian atas panel pintu, kemasan konsol tengah dan juga bahagian atas papan pemuka. Karpet kereta turut memiliki sudut tepi diperbuat daripada kulit. Headliner kereta pula daripada faux suede (kulit suede sintetik) berwarna hitam Dinamica. Untuk hiburan, kereta dilengkapkan dengan sistem audio premium, Bang & Olufsen.
HARGA AUDI RS7 2022 EXCLUSIVE EDITION
Audi RS7 Exclusive Edition akan mula dijual pada musim panas nanti pada harga USD 166,495 (RM 737,079.90). Sementara RS7 2022 versi biasa pula bermula daripada USD 119,595 (RM 529,451.76).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge