Ferrari 296 GTS, Harga Bermula..
Naza Italia yang merupakan pengimport dan pengedar jenama Ferrari di Malaysia memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) 296 GTS untuk pasaran tempatan.
Ia dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi.
Sport car terbaharu enjin mid-rear dengan dua tempat duduk ini ditawarkan pada harga RM1.45 juta tidak termasuk insurans dan duti eksais.

Model ini menjadi pelengkap dan versi Spider kepada GTB.
Untuk info anda 296 GTS (2022) merujuk kepada 'Grand Turismo Spider'.

Berikut adalah perincian 296 GTS (2022):
• Bumbung jenis keras boleh retrak (retractable hard top, RHT) dengan rekabentuk mirip 296 GTB.
• Ambil masa 14 saat untuk buka dan tutup bumbung pada halaju 45kmj.
• Bumbung terpisah kepada dua bahagian yang boleh dilipat dan disimpan depan enjin.
• Cermin belakang boleh laras ketinggian, memisahkan kabin dan dek belakang ketika bumbung dibuka.
• Dek belakang berbeza, tetapi kekal dengan cermin lut sinar untuk melihat enjin.
• Pilar-A, -B dan sil diubah suai untuk meningkatkan ketegaran casis.
• Dijana enjin hibrid 2.9L V6 Turbo
• 830hp@740Nm
• Transmisi dual klac (DCT) 8-kelajuan, sama seperti SF90 Stradale, Ferrari Roma, Portofino M, SF90 Spider dan 296 GTB.
• Boleh dipandu sejauh 25km dalam mod elektrik eDrive.
• Pek bateri 7.45kWh
• Jika dibandingkan dengan model 296 GTB, 296 GTS hanya 70kg lebih berat
• Kelajuan hingga 135kmj dalam mod eDrive.
• Pecutan 0-100kmj sepantas 2.9 saat, jika 0-200km/j hanya 7.6 saat
• Ada empat mod kuasa eManettino boleh pilih pada stereng: eDrive, Hybrid (H), Performance dan Qualify.

eDrive - Enjin pembakaran dalaman dimatikan (ICE) dan kereta dipacu tenaga elektrik melalui roda belakang.
Hybrid - Tetapan standard, tenaga dilaras untuk kecekapan maksimum.
Performance - Enjin sentiasa hidup dan membantu mengekalkan kecekapan bateri untuk memastikan kuasa penuh pada setiap masa.
Qualify - Memberikan prestasi maksimum, pengecasan semula bateri pada tahap rendah.
Jentera ini hadir dengan program penyelenggaraan lanjutan selama tujuh tahun. Program tersebut merangkumi semua penyelenggaraan berkala untuk tempoh tujuh tahun pertama atau perbatuan sejaun 120,000km.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9140
SELANGOR
BSU2543
JOHOR
JF3245J
PULAU PINANG
PSG1724
PERAK
APL9464
PAHANG
CFH9373
KEDAH
KGJ3585
NEGERI SEMBILAN
NEM1958
KOTA KINABALU
SJU4372
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge