Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik
Minggu lepas, telah dilancarkan secara rasmi, Perodua Alza 2022 yang ditawarkan dalam tiga varian dengan varian AV sebagai varian tertinggi pada harga RM75,500.

Sejak tempahan dibuka, Perodua Alza menerima lebih daripada 30,000 tempahan dan AV merupakan varian yang paling banyak dipilih (hampir 20,000 unit!). Apa sebabnya? Berbaloi ke pilih AV berbanding varian sederhana, H?
Dalam artikel kali ini, CariCarz kongsikan enam ciri yang dimiliki oleh AV (yang tiada pada varian lain), menjadikannya pilihan yang terbaik berbanding varian lain.
#1 Sistem keselamatan lebih sempurna

Penerangan fungsi salah satu ciri keselamatan yang hanya terdapat pada AV, Pemantau Titik Buta (BSM)
Perodua Alza AV menerima lebih banyak ciri keselamatan tambahan lain berbanding varian X yang tampil dengan ciri standard termasuk ASA 3.0 dan H yang ditambah dengan sensor parkir dan lampu suluh tinggi adaptif (ADB). Berikut adalah senarai ciri keselamatan yang hanya terdapat pada AV:
Kawalan Kekal Lorong (LKC)
Pemantau Titik Buta (BSM)
Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
DVR depan
Pemantau keliling 360 darjah
Kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi Henti, Pegun, Mula
#2 Sistem infotainmen lebih canggih

Berbanding H, sistem infotainmen dengan skrin bersaiz 9.0 inci AV hadir dengan antara muka grafik pengguna atau user interface (UI) baharu. Unit ini turut boleh disambungkan dengan Android Auto menggunakan wayar.
#3 Brek parkir elektronik (Pertama bagi Perodua)
-full_normal.jpg)
Brek parkir elektronik AV, lebih jimat ruang, lebih mudah digunakan
Penggunaan brek parkir elektronik dapat melapangkan lagi konsol tengah kereta. Bukan itu sahaja, penggunaan brek parkir jenis elektronik adalah lebih mudah dan tidak memerlukan banyak tenaga berbanding brek tangan atau brek di bahagian kaki (Alza generasi pertama menggunakan brek parkir kaki). Pengguna hanya perlu menarik suis brek parkir ini untuk mengunci tayar kereta. Lepaskan brek hanya dengan sekali tekan pada suis tersebut.
#4 Brek pegun automatik (Pertama bagi Perodua)
Penerangan mengenai sistem brek pegun auto
Sistem ini memudahkan pemandu terutama sekali dalam kesesakan trafik yang mana pemandu banyak bergerak dan berhenti. Apabila ciri ini diaktifkan, pemandu hanya perlu menekan brek dan kereta akan berhenti bergerak secara serta-merta tanpa ‘kerja tambahan’ seperti menarik brek tangan. Kereta boleh digerakkan kembali dengan menekan pedal minyak.
#5 Kamera 360 (Pertama untuk Perodua)

Penerangan mengenai kamera 360 darjah AV
Selalu berdebar bila lalu kawasan sempit? Maklumlah, siapa nak kereta tercalar walau sekecil mana sekalipun, ye tak? Ciri kamera 360 ini boleh menyelamatkan keadaan. Anda tak perlu lagi pusing kepala kiri, kanan, depan, belakang setiap kali parkir atau melalui jalan yang sempit atau sibuk. Hanya pandang skrin di tengah dan setiap sudut kereta dapat dilihat dengan jelas. Sudut pandangan yang disediakan ialah:
Keliling atau bird view
Pandangan hadapan
Pandangan belakang
Pandangan tepi (kiri dan kanan)
#6 Mod pemanduan (sama seperti H) (Pertama untuk Perodua)
Penerangan mengenai mod pemanduan yang terdapat pada varian AV dan HCiri yang sama turut ditawarkan pada varian H, namun penting untuk penulis masukkan dalam artikel kerana ini juga merupakan salah satu ciri baharu yang pertama kali ditawarkan oleh Perodua.
Mod pemanduan boleh dikawal melalui butang Drive di sebelah kanan stereng
Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu Normal, ECO dan Power.
Berikut adalah cara untuk memilih mod pemanduan:
Normal: Default
Power: Butang Drive ditekan hanya sekali sahaja untuk mengaktifkan dan mematikan mod Power
ECO: Tekan dan hold butang Drive untuk mengaktifkan dan mematikan mod ECO
Pemandu boleh memilih mod pemanduan berbeza bergantung kepada situasi pemanduan. Mod Power sesuai digunakan semasa memotong kereta lain dan ECO pula untuk penjimatan minyak.
#7 Brek cakera belakang (Pertama bagi Perodua)
Buat pertama kalinya, AV turut menggunakan brek cakera belakang untuk menggantikan brek drum. Brek ini memerlukan tenaga dan usaha yang kurang untuk menghentikan atau memperlahankan kenderaan. Perodua turut memaklumkan bahawa penggunaan brek ini dapat memudahkan juruteknik untuk melakukan penyelenggaraan.
#8 Perakam (DVR) depan

Ciri yang patut ada pada semua kenderaan. Boleh dibeli sendiri tetapi lebih mudah kalau dah sedia ada dalam kereta, betul tak?
#9 Gril depan yang lebih menyerlah
AV: Bar krom dan kemasan hitam berkilat pada gril depan
H: Bar krom dan kemasan krom pada gril depan
X: Gril depan berwarna silver
#10 Keselesaan maksimum

Material lembut untuk tempat rehat tangan depan (Pertama bagi Perodua).
#11 Tempat duduk lebih cun
Tempat duduk AV
Tempat duduk X dan H
Jika dibandingkan dengan varian lebih rendah (X dan H) dengan tempat duduk dalam balutan fabrik, varian AV hadir dengan tempat duduk balutan separa kulit dalam dua tona. Jauh lagi bergaya!
#12 Ciri-ciri lain yang tidak terdapat pada varian X dan H

Panel instrumen dua tona
Garis tingkap dan skirt tepi krom
Baca: Perodua Alza 2022 vs Perodua Aruz: Kos Penyelenggaraan Mana Lebih Murah?
Bagaimana? Adakah anda rasa ciri-ciri di atas berbaloi untuk dimiliki? Kata orang, “alah membeli, menang memakai,” tak rugi bayar lebih untuk kereta yang akan dipakai bertahun-tahun. Varian ini bukan sahaja lebih selamat dengan pelbagai ciri keselamatan penting, tetapi juga lebih seronok dan selesa untuk dipandu dengan ciri seperti mod pemanduan, kamera 360, brek pegun auto (relaks semasa kesesakan trafik), tempat letak tangan yang lebih empuk dan banyak lagi!
Tidak mahu ketinggalan berita terkini dan tergembar dunia automotif? Ikuti Facebook kami, Dunia Kereta.
Baca: Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQV4120
SELANGOR
BSP4799
JOHOR
JYV4758
PULAU PINANG
PSB6752
PERAK
APG9547
PAHANG
CFG3341
KEDAH
KGF5224
NEGERI SEMBILAN
NEK2387
KOTA KINABALU
SJR5614
KUCHING
QAB6358N
Terakhir Kemas Kini 29 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Continental Perkenal Tayar All-Terrain Terbaharu CrossContact A/T
Continental Tyres secara rasmi memperkenalkan CrossContact A/T², di pasaran tempatan.
29-04-2026
Jangan Risau BUDI95 200 Liter Kekal
Kerajaan mengesahkan bahawa penyelarasan sementara kuota inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada kadar 200 liter sebulan buat masa inI.
29-04-2026
Michelin Primacy 5 energy Kini Jadi Penyelamat Dompet Pemilik EV & SUV
Michelin Malaysia memperluaskan rangkaian tayar premium dengan MICHELIN Primacy 5 energy dan MICHELIN Pilot Sport 5 energy.
29-04-2026
"Ride" Terakhir Berakhir Pilu
Perjalanan ulang alik Azman setiap minggu melebihi 700km dari Sabah ke Sarawak merentasi Brunei bertukar tragedi.
28-04-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
Bidaan P1P Cecah RM1.1 Juta! Ini Senarai Nombor Plat Siri P_P Paling Mahal
Hasil P_P Untuk Rakyat: RM21.6 Juta Bidaan Nombor Plat Bakal Biayai MyLESEN & Topi Keledar.
27-04-2026
JPJ Lantik Siti Nurhaliza Ikon Keselamatan Jalan Raya
Siti Nurhaliza Galas Tugas Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ.
25-04-2026
Minyak Tak Boleh Turun, Tapi Road Tax Diesel Boleh
Poket Tak Lagi Bocor: Kerajaan Cari Jalan Turunkan Cukai Jalan Kenderaan Diesel.
25-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat