Kadar Faedah Naik: Bank Lebih Berhati-hati Luluskan Pinjaman Kereta

Pihak bank akan lebih berhati-hati dalam memberikan kelulusan pinjaman sewa beli kenderaan ekoran peningkatan kadar faedah pinjaman dan tekanan inflasi, lapor Berita Harian.
Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata berpandukan data, ketika Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijadikan rujukan kadar faedah pinjaman tempatan berada pada dua peratus antara Februari 2009 ke Februari 2010 yang lalu, purata kelulusan pinjaman bagi pembelian kereta ketika itu adalah pada 60 peratus.

Tambahnya lagi, apabila OPR meningkat kepada tiga peratus antara Mei 2011 ke Jun 2014, kadar kelulusan purata turun kepada 51 peratus.
Jelasnya, OPR yang tinggi akan menyebabkan kadar faedah bagi pinjaman sewa beli juga tinggi, sekaligus menjadikannya lebih mahal dan mengurangkan kemampuan lebih ramai orang.
"Oleh itu, kami percaya bahawa bank akan menjadi lebih berhati-hati dalam kelulusan pinjaman sewa beli.

"Ini juga berpotensi membawa kepada penurunan kadar kelulusan pinjaman sewa beli," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Ujar Khai Xhiang, tekanan inflasi mengurangkan kuasa beli pengguna.
"Pada pandangan kami, kerana pembelian kereta adalah satu keputusan yang dibuat semata-mata mengikut budi bicara, apabila berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga kereta yang lebih tinggi, pengguna yang lebih sensitif terhadap harga mungkin lebih cenderung untuk menahan pembelian yang tidak penting," katanya.
Sumber: BH
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hapus Subsidi Minyak Kepada T20? Inflasi Akan Meruncing
Penghapusan subsidi bahan api bagi 20% golongan pendapatan tertinggi (T20) akan meningkatkan inflasi.
31-05-2023
Harga 3 Model Toyota Ini Naik Dari RM2K Ke RM10K Bagi Tahun 2023
Toyota baru sahaja mengumumkan senarai harga baharu bagi beberapa model kenderaan iaitu Corolla Altis, Camry dan Corolla Cross.
04-01-2023
Harga Alat Ganti Kenderaan Naik Sehingga 60%! Ini Puncanya...
Kenaikan harga alat ganti cecah 60%.
15-08-2022
Berita Baik, Bank Bakal Tawar Diskaun Ihsan Untuk Penyelesaian Awal Pinjaman Kereta
Bank akan menawarkan diskaun ihsan (goodwill discounts) kepada pelanggan yang membuat penyelesaian awal bagi perjanjian sewa beli.
03-12-2025
KECOH! Tiada Lagi Full Loan Untuk Beli Kereta
Apapun, kita tunggu pengumuman kerajaan dalam tempoh terdekat ini.
14-07-2024
Bank Negara Malaysia Naikkan OPR Lagi, Faedah Pinjaman Kereta Makin Tinggi?
Kadar faedah pinjaman kini terkesan lagi dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali keempat tahun ini.
07-11-2022
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge