ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Terlelap Punca Kemalangan Enam Kenderaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 terbalik hanya kerana pemandunya tertekan pedal minyak gara-gara terlelap seketika.

Mujur pemandunya selamat dan cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.

Kejadian berlaku di di Plaza Tol Sungai Petani Selatan, Kedah semalam.

Insiden itu berlaku apabila X70 yang dipandu seorang wanita berusia 32 tahun  merempuh belakang kereta Perodua Axia yang sedang menunggu giliran untuk memasuki lorong RFID di laluan keluar menghala ke arah bandar.

Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu X70 hilang kawalan lalu merempuh panel elektrik milik PLUS di sebelah kiri bahu jalan sebelum terbalik.


Secara kebetulan, dua penunggang motosikal yang sedang melalui lorong motosikal cuba mengelak kereta Proton X70 yang terbabas itu namun mereka hilang kawalan lalu merempuh pagar dan kendeaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima serta Toyota Vios.

Kemalangan itu membabitkan enam kenderaan namun semuanya bernasib baik kerana terselamat.

Ingat, kemalangan jalan raya sering kali berlaku akibat 'microsleep'. 


Walaupun situasi itu hanya berlaku dalam tempoh kurang 30 saat, namun kesannya adalah sangat besar termasuk mengakibatkan kematian.

Tahukah anda, punca berlakunya insiden tidur singkat adalah disebabkan seseorang individu itu tidak mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Seseorang individu boleh mengikut panduan jumlah waktu tidur mengikut usia berikut:

Bayi

4 - 12 bulan: 12 hingga 16 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

Kanak–kanak

1 - 2 tahun: 11 hingga 14 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

3 - 5 tahun: 10 hingga 13 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

6 - 12 tahun: 9 hingga 12 jam setiap 24 jam

Remaja

13 - 18 tahun: 8 hingga 10 jam setiap 24 jam

Dewasa

7 jam atau lebih setiap malam

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6614

SELANGOR

BST4184

JOHOR

JD5281J

PULAU PINANG

PSF2897

PERAK

APL2154

PAHANG

CFH6110

KEDAH

KGH8424

NEGERI SEMBILAN

NEL6731

KOTA KINABALU

SJT8709

KUCHING

QAB5064P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.