ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengguna Bertuah RFID Menang 5.6 Juta Mata Ganjaran, Pin Tambah Nilai TnG RM14K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sempena kempen ‘Hari-Hari RFID’ anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS), sejumlah pengguna RFID telah diberikan ganjaran bagi menggalakkan penggunaan sistem RFID, mod pembayaran tol yang telah dilancarkan sejak 15 Januari 2022 lalu.


Seramai 560 pelanggan RFID telah memenangi 10,000 mata ganjaran PLUSMiles setiap seorang, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5.6 juta mata ganjaran PLUSMiles. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menerima pin tambah nilai Touch 'n Go e-Wallet berjumlah RM14,000.




Mata ganjaran yang diterima boleh ditebus untuk pembelian makanan dan minuman di mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS yang memerlukan hanya serendah 200 mata ganjaran satu hidangan. 




Pemenang juga boleh memilih untuk menebus baucar tunai bernilai RM50 (dengan jumlah mata ganjaran PLUSMiles sebanyak 8,050) daripada Mydin, Lazada, Shopee, Kad Hadiah Petronas, Starbucks, eWallet Touch ‘n Go dan sebagainya. Penebusan mata ganjaran ini boleh dibuat melalui aplikasi PLUS atau portal PLUSMiles (klik di sini.)


Kempen yang berlangsung selama lapan minggu dari 8 April hingga 2 Jun 2022 lalu telah memberi ganjaran kepada kepada 70 pelanggan lebuh raya kendalian PLUS yang bertuah setiap minggu. 




Salah seorang pemenang kempen ‘Hari-Hari RFID’, Ong Chen Sing, berkata, “Saya menggunakan Touch ‘n Go RFID setiap hari untuk ke tempat kerja, jadi saya amat teruja apabila dipilih sebagai salah seorang pemenang mingguan kempen ‘Hari-Hari RFID’. 


“Sejak menggunakan Touch ‘n Go RFID, saya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menambah nilai kad Touch 'n Go saya. Kini, perjalanan saya di lorong tol lebih mudah selagi baki e-Wallet saya mencukupi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PLUS kerana menganjurkan kempen ini.”



Kempen dilancarkan untuk menzahirkan penghargaan pihak PLUS kepada orang ramai yang memilih RFID sebagai mod pembayaran tol. Untuk menarik lebih ramai lagi pengguna RFID, kempen ini akan dilancarkan ke fasa seterusnya.


Nantikan berita daripada CariCarz untuk maklumat terkini mengenai kempen ini pada masa akan datang.


Ikuti laman Facebook kami, Dunia Kereta, untuk mendapatkan informasi terkini dan tergempar automotif setiap hari!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7957

SELANGOR

BSU9404

JOHOR

JH1959J

PULAU PINANG

PSH3146

PERAK

APM8048

PAHANG

CFJ3722

KEDAH

KGJ7545

NEGERI SEMBILAN

NEM5467

KOTA KINABALU

SJV1135

KUCHING

QAB9670P

Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

01-10-2026
Berita Auto

Ada Bintang Emas Di Plaza Tol? Ini Sebab Kenapa Lorong RFID Ada Bintang Emas?

Selalu Terkandas Dekat RFID? TNG Perkenal Lorong RFID Bintang Emas & Ciri SOS Balance.

24-07-2026
EV

01-07-2023
Berita Auto

13-01-2023
Berita Auto

20-09-2022
Berita Auto

15-08-2022
Berita Auto

14-01-2022
Berita Auto

Segera Pasang Pelekat RFID Di Kenderaan Anda! Tapi Kenapa?

Kad Touch 'n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat tidak lama lagi.

17-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.