- Berita
- Berita Auto
- Senarai Aksesori GearUp Perodua Alza 2022: Lagi Sporty, Lagi Lengkap, Lagi Syok! (Bonus: Cadangan Aksesori Penting)
Senarai Aksesori GearUp Perodua Alza 2022: Lagi Sporty, Lagi Lengkap, Lagi Syok! (Bonus: Cadangan Aksesori Penting)

Seperti yang sudah diketahui umum, Perodua Alza 2022 telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai baru-baru ini. Alza generasi kedua yang dibina berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu X pada harga RM62,500, H pada harga RM68,000 dan AV pada harga RM75,500. Harga yang dinyatakan adalah untuk Semenanjung Malaysia dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.

Dah baca perincian spesifikasi Perodua Alza 2022? Kalau belum, jom baca: Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya
Tertarik untuk beli Perodua Alza 2022? Kalau ya, apa kata anda pertimbangkan juga untuk upgrade kereta dengan aksesori GearUp? Baca hingga penghujung untuk melihat cadangan GearUp penting untuk anda pertimbangkan.

Kenapa Mesti Beli Aksesori GearUp Perodua Dan Bukannya Beli Dari Luar?
Untuk pengetahuan anda, aksesori GearUp yang ditawarkan Perodua adalah lebih baik berbanding barangan yang dibeli di luar kerana produk-produk ini telah diuji menerusi kajian dan pembangunan (R&D) serta dipasangkan oleh kakitangan terlatih Perodua.
BAHAGIAN LUAR
Kit Badan Prime



Kit badan prime bagi Perodua Alza 2022 boleh disesuaikan untuk ketiga-tiga varian, X, H dan AV dan terdiri daripada tiga bahagian iaitu:
-Kit bampar depan
-Kit bampar belakang
-Spoiler belakang

Kit badan prime ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Vintage Brown, Elegant Black, Garnet Red, Glittering Silver dan Ivory White.

Harga:
Malaysia Barat: RM2,500 | Malaysia Timur: RM2,553
Aksesori Tambahan Luaran Yang Lain
Visor Pintu: RM160 (Malaysia Barat), RM163 (Malaysia Timur)

Insulator Bonet: RM80 (Malaysia Barat), RM82 (Malaysia Timur)
Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik
BAHAGIAN DALAM
Sarung Tempat Duduk Prime

Barisan pertama

Barisan kedua

Barisan ketiga
Sarung tempat duduk prime yang ditawarkan terdiri daripada dua warna dengan jahitan merah. Material yang digunakan ialah jenis PVC lembut yang mudah untuk dibersihkan. Sarung ini turut hadir dengan poket simpanan tambahan.
Harga:
Malaysia Barat: RM1,000 | Malaysia Timur: RM1,018
Baca: Perodua Alza 2022 vs Perodua Aruz: Kos Penyelenggaraan Mana Lebih Murah?
Aksesori Tambahan Dalaman Yang Lain

-Karpet: RM200 (Malaysia Barat), RM205 (Malaysia Timur)
-Plat Scuff LED: RM300 (Malaysia Barat), RM305 (Malaysia Timur)
-Pencahayaan lantai: RM250 (Malaysia Barat), RM255 (Malaysia Timur)
-Bekas bagasi: RM80 (Malaysia Barat), RM82 (Malaysia Timur)
-Pelapik bagasi: RM75 (Malaysia Barat), RM77 (Malaysia Timur)
-Kotak susun barang: RM37 (Malaysia Barat), RM38 (Malaysia Timur)
KESELAMATAN DAN SEKURITI
Perakam Video Digital (DVR)

DVR yang ditawarkan ialah perakam HD beresolusi 1080p. Video boleh dipaparkan secara langsung melalui telefon pintar (kemampuan sambungan wifi). Boleh digunakan untuk merakam video, bunyi dan foto.
Selain itu, DVR juga mampu merekodkan suasana malam dengan kualiti tinggi (Night Vision). Rakaman boleh dibuat secara automatik sekiranya berlaku impak atau kemalangan.
Harga:
Malaysia Barat: RM500 | Malaysia Timur: RM508
Tempat Duduk Kanak-Kanak

Tempat duduk kanak-kanak yang disediakan Perodua sesuai untuk bayi yang berusia sehingga 12 bulan (0-36 kg) dan juga kanak-kanak sehingga 4 tahun (18 kg). Ia hadir dengan ISOFIX. Selain itu, turut memiliki fungsi pusingan 360 darjah dan boleh ditumbangkan kepada 6 tahap.
Harga:
Malaysia Barat: RM680 | Malaysia Timur: RM695
Aksesori Tambahan Keselamatan Dan Sekuriti Yang Lain
Nat Kunci Rim: RM200 (Malaysia Barat), RM204 (Malaysia Timur)
Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) Pintar: RM430 (Malaysia Barat), RM439 (Malaysia Timur)
PAKEJ UTILITI
Pakej utiliti terdiri daripada:
-Bekas bagasi atau luggage tray
-Visor pintu
-Karpet
Harga:
Malaysia Barat: RM390 | Malaysia Timur: RM398
AKSESORI UMUM

-Karpet bagasi: RM75 (Malaysia Barat), RM77 (Malaysia Timur)
-Bekas simpanan tambahan atau luggage organiser: RM37 (Malaysia Barat) , RM38 (Malaysia Timur)
-Pemegang tisu dengan cermin: RM40 (Malaysia Barat) , RM41 (Malaysia Timur)
-Ruang simpanan visor matahari atau sun visor organiser: RM20 (Malaysia Barat), RM21 (Malaysia Timur)

-Pemegang telefon bimbit magnetik: RM30 (Malaysia Barat), RM31 (Malaysia Timur)
-Cangkuk beg shopping magnetik: RM50 (Malaysia Barat), RM51 (Malaysia Timur)

-Pengesan pintar: RM42 (Malaysia Barat), RM43 (Malaysia Timur)
-Pelindung tepi pintu: RM30 (Malaysia Barat), RM31 (Malaysia Timur)
Dan banyak lagi aksesori umum lain: Rujuk galeri
Masih Tak Pasti Apa Yang Patut Anda Beli?
Sekiranya anda masih terfikir-fikir apa aksesori tambahan yang ingin diambil mungkin anda boleh pertimbangkan yang berikut:
#1 Inginkan badan kereta lebih sporty dan bergaya? Wajib ambil Kit Badan Prime! Untuk kualiti yang ditawarkan Perodua, harganya sangat berbaloi.
#2 Tak nak hujan mudah masuk kereta kalau buka tingkap? Jangan lupa untuk dapatkan Visor Pintu.
#3 Suka buat aktiviti luar dan sering mengangkut pelbagai barang di ruang bagasi kereta? Dapatkan Bekas Bagasi atau Luggage Tray untuk memudahkan anda membersihkan bahagian ini.
#4 Anda juga boleh pertimbangkan Insulator Bonet. Kenapa ia penting? Kerana antara fungsinya adalah untuk melindungi enjin daripada haba atau api dan yang paling best, dapat mengurangkan bunyi enjin.
#5 Perakam Video Digital (DVR) yang ditawarkan Perodua juga nampak menarik. Ciri-ciri seperti paparan live melalui telefon pintar, HD dan Night Vision sebenarnya penting. Apa salahnya bayar lebih untuk keselamatan?
Namun ini hanyalah pendapat penulis, apa pula pendapat anda? Apa aksesori GearUp yang anda sedang pertimbangkan? Lihat ruangan galeri untuk melihat risalah GearUp yang dikeluarkan Perodua.
Jangan lupa untuk ikuti Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini dunia automotif!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW4048
SELANGOR
BSU6851
JOHOR
JG5618J
PULAU PINANG
PSG9602
PERAK
APM5704
PAHANG
CFJ2748
KEDAH
KGJ6390
NEGERI SEMBILAN
NEM4345
KOTA KINABALU
SJU7903
KUCHING
QAB8651P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge