Teksi Terbang AirAsia Bakal Jadi Realiti, Kajian Infrastruktur Akan Dijalankan

Tidak lama kita akan dapat melihat “teksi” terbang di langit Malaysia. Capital A Bhd melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Ltd, telah menandatangani Surat Hasrat atau Letter of Intent (LOI) dengan syarikat pemaju mobiliti udara termaju (AMM), Skysports Infrastructure.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia Aviation Group Limited dan Ketua Mobiliti Udara Termaju, Kapten Ling Liong Tien berkata, kedua-dua pihak yang terlibat bakal melakukan penerokaan pembangunan platform vertiport bagi merealisasikan perkhidmatan teksi udara. Kerjasama yang dijalinkan ini penting untuk mewujudkan rangkaian platform yang beroperasi sepenuhnya di negara ini.
Untuk penilaian awal, kajian yang akan dijalankan adalah berkaitan penyepaduan infrastruktur platform vertiport, pengenalpastian tapak platform vertiport yang berpotensi, pembangunan keperluan dan rangka kerja operasi bagi melaksanakan rangkaian platform vertiport di negara ini.

"Apabila industri ini semakin matang, kerjasama antara pemain penerbangan tradisional dan pakar AMM adalah penting untuk membangunkan rangkaian platform vertiport yang praktikal dan bersepadu.

"Sebagai sebuah jenama terkemuka di peringkat global dalam industri penerbangan komersial, AirAsia juga terbabit secara aktif dalam operasi AAM di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Liong Tien, kepakaran kedua-dua pihak akan dimanfaatkan bagi memajukan projek ini. AirAsia akan menyumbangkan dari segi pengalaman penerbangan dan juga pengetahuan serta rangkaian pasarannya.
Sementara itu, Skysports Infrastructure pula akan menggunakan kepakaran untuk membina infrastruktur platform perlepasan dan pendaratan yang bakal digunakan eVTOL. Di samping itu, mereka turut membantu memainkan peranan penting dalam memajukan pembangunan kawal selia merentas pasaran, melalui kerjasama dengan badan kawal selia tempatan dan organisasi berkaitan.

"Kerjasama dengan Skyports ini akan mempercepatkan kajian infrastruktur yang diperlukan termasuk platform pelepasan dan pendaratan vertikal di negara ini serta mengukuhkan potensi kami sebagai penyedia perkhidmatan perjalanan udara jarak dekat tanpa pelepasan di Asia Tenggara.
"AirAsia telah merevolusikan perjalanan udara komersial selama dua dekad yang lalu dan kumpulan percaya bekerjasama dengan Skyports ini akan memacu ke arah membentuk masa depan penerbangan tanpa pemandu di rantau ini," katanya.
Jun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, telah berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkan lawatannya ke syarikat Vertical Aerospace di UK.
Berdasarkan perancangan, sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL atau teksi udara elektrik yang dihasilkan syarikat ini bakal digunakan dalam perkhidmatan terbaharu yang akan ditawarkan melalui aplikasi AirAsia SuperApp dan juga AirAsia Ride. Caj penggunaan pengangkutan udara ini adalah jauh lebih murah berbanding pesawat komersial.Baca: [FOTO] Ini Dia 'Teksi Udara' Yang Bakal Digunakan AirAsia
Sumber: Berita Harian, Business Wire
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ957
SELANGOR
BST6846
JOHOR
JE2467J
PULAU PINANG
PSF5411
PERAK
APL4619
PAHANG
CFH7302
KEDAH
KGJ1094
NEGERI SEMBILAN
NEL8362
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5610P
Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertama Kali Dalam Sejarah: Kereta Terbang Diluluskan Kerajaan AS
Pesawat eVTOL Alef Aeronautics iaitu kereta terbang Model A, telah menerima kelulusan undang-undang.
06-07-2023
[FOTO] Ini Dia 'Teksi Udara' Yang Bakal Digunakan AirAsia
Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini telah berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkan lawatannya ke ibu pejabat Vertical Aerospace, UK.
16-06-2022
Syarikat Ini Akan Bangunkan Infrastruktur Teksi Terbang Di Jepun
PARK24 akan bekerjasama dengan Skyports, syarikat pembangunan infrastruktur dari UK untuk membina vertriport.
12-06-2022
Berita Terkini
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat