- Berita
- Berita Auto
- Tesla Gunakan Platform Steam Untuk Permainan Video Dalam Kereta, Integrasi Hampir Jadi Realiti
Tesla Gunakan Platform Steam Untuk Permainan Video Dalam Kereta, Integrasi Hampir Jadi Realiti

Elon Musk mengumumkan minggu ini bahawa Tesla kini semakin hampir mengintegrasikan Steam, sebuah platform permainan video yang dibangunkan oleh Valve dengan platform permainan video dalam kereta atau in-car gaming Tesla.
“Kami telah menunjukkan kemajuan integrasi dengan Steam. Kemungkinan demonstrasi akan diadakan bulan hadapan,” ujar Elon dalam satu ciapan di Twitter.

Demonstrasi yang akan diadakan nanti berkemungkinan besar membabitkan permainan video yang berat bagi menunjukkan kemampuan sebenar yang boleh dicapai kenderaan Tesla.

Tesla telah melaburkan sejumlah wang yang besar dalam projek ini. Sebuah pasukan yang terdiri daripada jurutera perisian telah ditubuhkan di Seattle, AS, untuk memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi ini. Baru-baru ini, Tesla turut mewujudkan pasukan yang sama di Austin, AS. Pasukan yang ditubuhkan ini telah membangunkan sebuah platform permainan video yang dinamakan Tesla Arcade. Dalam masa yang sama, Tesla turut bekerjasama dengan studio yang membangunkan permainan video untuk memindahkan permainan video ke dalam platform tersebut.

Buat masa ini, platform ini dibangunkan untuk memberi nilai tambahan terhadap pengalaman pemilikan Tesla. Namun, terdapat ura-ura bahawa Tesla mungkin memiliki rancangan yang lebih besar. Elon baru-baru ini mengatakan “hiburan akan menjadi kritikal apabila kereta boleh bergerak sendiri.”

Perbandingan spesifikasi platform permainan video terbaharu lain dengan Tesla Arcade (Sumber: Videocardz)
Sebagai persediaan untuk itu, Tesla telah mengeluarkan lebih banyak permainan video untuk Tesla Arcade dengan kemungkinan untuk menjadikan platform ini sebagai sebahagian daripada perniagaan Tesla. Terdapat tanda-tanda yang Tesla akan menawarkan pakej berbayar kepada pengguna platform ini seperti mana yang dilakukan Steam, PlayStation Store dan Xbox Live.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3490
SELANGOR
BSV4164
JOHOR
JJ3324J
PULAU PINANG
PSH6951
PERAK
APN3497
PAHANG
CFJ5121
KEDAH
KGK395
NEGERI SEMBILAN
NEM7309
KOTA KINABALU
SJV3892
KUCHING
QAB1400Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Bina Tol Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan
KKR teliti bina lebuh raya bertol atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge