- Berita
- Berita Auto
- Ujian Dadah Dan Alkohol Mengejut Ke Atas Pemandu Lori Dan Treler Perlu Dilakukan – Menteri Pengangkutan
Ujian Dadah Dan Alkohol Mengejut Ke Atas Pemandu Lori Dan Treler Perlu Dilakukan – Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sarankankan agar ujian secara rawak dan berkala dilakukan ke atas pemandu kenderaan berat di samping mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh.
Menurut beliau, peningkatan kes kemalangan yang berpunca daripada kenderaan berat cukup membimbangkan dan langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang.
“Kes kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat seperti treler semakin menjadi-jadi. Malah turut melibatkan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
“Saya amat sedih dengan apa yang berlaku. Takziah buat ahli keluarga mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Kredit foto: The Star
“Selain mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, saya juga melihat keperluan melaksanakan ujian saringan kepada para pemandu bagi mengelakkan mereka memandu dalam keadaan dipengaruhi dadah atau alkohol,” ujarnya melalui satu perkongsian yang dibuat di Facebook hari ini.

Perkongsian yang dibuat Menteri Pengangkutan di Facebook beliau
Dr Wee memaklumkan, ujian saringan ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada bila-bila masa atau secara mengejut dari masa ke masa di pelbagai lokasi termasuklah pejabat syarikat pengangkutan dan logistik.
“Kaedah penyelesaian yang berkesan perlu disegerakan.”
Dr Wee turut menekankan, tanggungjawab untuk memastikan keselamatan kenderaan berat yang digunakan di jalan raya bukan hanya di tangan pihak berkuasa, tetapi juga sesuatu yang perlu diambil serius oleh syarikat sendiri.

Baca: Kemalangan Jalan Raya Yang Membabitkan Tujuh Kenderaan, Empat Maut
“Mana-mana syarikat juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terutama jika hasil siasatan mendapati kenderaan mereka tidak diselenggara dengan baik, tidak mematuhi peraturan dan seumpamanya.

Baca: Treler Bawa Besi Hempap Myvi, Seorang Terkorban
“Kita tidak mahu syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini lepas tangan dan hanya tamak mengaut keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan keselamatan pekerja iaitu pemandu dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Baca: 11 Kenderaan Dirempuh Lori Di Tambak Johor, Ini Puncanya...
“Undang-undang yang digubal perlu dipatuhi dan dihormati sepenuhnya, ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan nyawa manusia,” tambahnya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1015
SELANGOR
BSU2738
JOHOR
JF3654J
PULAU PINANG
PSG2032
PERAK
APL9670
PAHANG
CFH9439
KEDAH
KGJ3759
NEGERI SEMBILAN
NEM2074
KOTA KINABALU
SJU4486
KUCHING
QAB7202P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge