Akhirnya! Penipu Urusan Beli Kereta Ditangkap, Mangsa Rugi RM129K

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai (Foto: Sinar Harian)
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan jualan kereta. Kerugian mencecah RM129,368.50!
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek lelaki yang berusia 42 tahun tersebut telah ditahan di Jalan Kampung Baru, Sungai Buloh pada jam 8 malam Jumaat lalu.
"Setakat ini, kita telah menerima lapan laporan melibatkan modus operandi dan suspek yang sama," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mangsa telah menempah pelbagai jenis kenderaan yang bernilai antara RM89,000 hingga RM140,000 daripada suspek.
"Mangsa yang ditipu mengalami kerugian antara RM1,800 hingga RM70,000," katanya.
Kes terkini yang berlaku dilaporkan oleh seorang jurujual syarikat penjualan kereta pada 3 Ogos lalu.
"Mangsa telah hadir ke pameran kereta serta berurusan dengan suspek untuk dokumentasi dan pembayaran awal tempahan.
"Hasil siasatan mendapati suspek akan meminta bayaran tempahan awal sebanyak RM1,000 dan mangsa akan menerima resit tempahan menggunakan resit syarikat," katanya.
Baca: Persatuan OKU Kena Scam! RM100K Lesap Ditipu Penjual Kereta Dalam Talian
Mangsa kemudiannya diminta untuk membuat bayaran susulan setelah diberitahu di mana lokasi kereta yang telah ditempah sampai.

"Kesemua pembayaran telah dimasukkan ke dalam dua akaun peribadi milik suspek.
"Namun apabila mangsa hadir ke syarikat untuk mengambil kereta, pihak pengurusan syarikat maklumkan tiada pembayaran diterima daripada suspek," katanya.
Pihak polis berjaya merampas kad pengeluaran tunai (ATM) dan telefon bimbit milik suspek.
"Semakan lanjut mendapati suspek ada tiga rekod jenayah melibatkan kes pecah amanah dan tipu," katanya.
Beliau berkata, suspek telah direman selama enam hari sehingga Khamis.
Baca: Peniaga Rugi RM136,700, Angkara Scammer!
"Suspek telah dihantar ke daerah lain untuk siasatan berkaitan laporan penipuan yang sama.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222," katanya.

Jangan mudah terpengaruh! Tak yakin, jangan beli. Lebih tenang beli dengan CariCarz. Ribuan kereta baharu, terpakai dan recon ditawarkan di platform kami.
Baca: RM210,850 ‘Terbakar’ Ditipu Oleh Scammer Jual Vellfire Murah! Anda Mungkin Mangsa Seterusnya…
Baca: Baca Ini Untuk Elak Kena Scam! Platform Kereta Yang Sah Dapat Menyelesaikan Masalah Ini
Sumber: Sinar Harian
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQJ2695
SELANGOR
BSL8245
JOHOR
JYQ1493
PULAU PINANG
PRX8429
PERAK
APE4090
PAHANG
CFE8542
KEDAH
KGD9307
NEGERI SEMBILAN
NEJ3271
KOTA KINABALU
SJP8047
KUCHING
QAB604N
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
+0.02
RON 97
RM 3.10
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.04
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.04
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Berita Berkaitan
Persatuan OKU Kena Scam! RM100K Lesap Ditipu Penjual Kereta Dalam Talian
Sebuah persatuan orang kurang upaya (OKU) terpaksa berputih mata setelah ditipu.
26-05-2022
‘Geng Molekwei’ Curi Kereta Mewah Jual Di Thailand Tumpas
Sindiket pecah rumah dan curi kereta mewah, “Geng Molekwei,” akhirnya tumpas!
24-08-2022
Berita Terkini
Tidak Perlu Tunjuk Bukti Keluar Negara, Hanya Bayar RM20 Untuk Dapatkan Kad Fizikal Lesen Memandu
Rakyat Malaysia kini tidak perlu menunjukkan bukti keluar negara untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bermula 23 Januari ini.
22-01-2026
Pos Malaysia Lakar Sejarah, Lancar Kenderaan Tanpa Pemandu
uat julung kalinya, Pos Malaysia Bhd melancarkan kenderaan autonomi (AV) pertama di Malaysia.
22-01-2026
Ini Dia Harga Minyak Mingguan, RON97 Naik 2 Sen, Diesel Naik 4 Sen
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi, masing-masing dinaikkan 2 sen kepada harga RM3.10 dan RM2.54 seliter.
21-01-2026
2 Maut Dirempuh Mercedes
Dua individu maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, semalam.
21-01-2026
MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu
Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.
21-01-2026
Kit iCAUR v23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888
iCAUR Malaysia melancarkan kit iCAUR V23 Edisi Retro yang ditawarkan pada harga bermula dari RM22,000, sebentar tadi.
21-01-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
Harga Kereta CKD Kekal - MAA
Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) tidak akan mengalami kenaikan harga tahun ini.
21-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat