D-Max X-Terrain Akan Dipamerkan Sepanjang Acara KLFW
-with-Kenkichi-Sogo-(R)--2-(1)-full.jpg)
Sejak pengenalannya, Isuzu D-Max telah mencuri perhatian gara-gara gabungan kemewahan dan kemampuannya untuk tampil dengan penawaran yang lengkap dalam segmen trak pikap.
Apa yang cukup membanggakan ialah pencapaiannya sebagai pemenang pelbagai anugerah trak tahunan terbaik sekali gus membuktikan kekuatannya sebagai ikon rekaan dan layak mendapat layanan karpet merah sebagai kenderaan rasmi KL Fashion Week (KLFW) 2022.
Bertemakan The Bigger, The Better”, nampakanya tema itu sangat sesuai dengan imej Isuzu D-Max generasi ketiga.
Ia juga memperluaskan lagi pilihan penggemar gaya hidup yang ingin mencari kelainan untuk memenuhi minat dan keperluan mereka.
“Dengan rekaan canggih, kelengkapan penuh serta kemampuan untuk melakukan apa jua di mana saja, Isuzu D-Max mencabar norma kebiasaan dan membolehkan anda untuk mengukir memori tersendiri dengannya.
“Bersama KLFW, kami ingin membawakan rekaan imaginatif ini selangkah lagi ke hadapan dan untuk dikongsi bersama khalayak ramai,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Trak pikap ini berbangga dengan ciri canggihnya yang membantu memudahkan pengguna di bandar.
Ini termasuklah peninjau 360-darjah, pengecas telefon tanpa wayar, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta ciri Sistem Bantuan Canggih Pemandu.
Isuzu D-Max X-Terrain akan tampil dalam acara KLFW 2022 yang akan bermula pada 15 hingga 21 Ogos 2022 di Pavilion Kuala Lumpur.

Untuk itu, sekurang-kurangnya tiga unit Isuzu D-Max X-Terrain berwarna oren, hitam dan putih akan dipamerkan di ibu kota.
Untuk keterangan lanjut ikuti https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/ atau di klfashionweek.website.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQM2072
SELANGOR
BSM5362
JOHOR
JYR5902
PULAU PINANG
PRY7343
PERAK
APF3248
PAHANG
CFF3486
KEDAH
KGE3884
NEGERI SEMBILAN
NEJ5389
KOTA KINABALU
SJQ3164
KUCHING
QAB2490N
Terakhir Kemas Kini 19 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.99
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.19
+0.03
Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026
Berita Terkini
ANPR, Ramai Sudah Mula Guna Aplikasi JustGO Malaysia
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai aplikasi baharu JustGO Malaysia untuk sistem pembayaran tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) yang diperkenalkan di Lebuhraya Utara-Selatan.
19-02-2026
Tiada Lagi Istilah 'Nombor Habis' Di Kaunter JPJ Seluruh Negara
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi telah melaksanakan sistem pemberian nombor giliran tanpa had di semua pejabat dan cawangannya di seluruh Malaysia.
19-02-2026
Caricarz Mohon Maaf Guna Gambar Pemandu Bas Ekspres Ketika Op Khas Tahun Baharu Cina 2026
Caricarz memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar pemandu bas bagi laporan berita bertajuk ‘Sampai Hati Pemandu Bas Ekspres, Mujur JPJ Perak sempat Cekup, yang disiarkan semalam.
18-02-2026
Sampai Hati Pemandu Bas Ekspres Hisap Dadah
Seorang pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 .
17-02-2026
Op TBC 2026: 19 Lori Disita
Pemandu lori buat hal sebab melanggar larangan perjalanan kenderaan berat sempena Operasi Tahun Baharu Cina (Op TBC) 2026.
16-02-2026
KL Lengang, Ramai Mengakui Sampai Tempat Kerja Cepat
LLM sebelum ini menjangkakan aliran trafik meningkat dengan 3.27 juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
16-02-2026
1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.
16-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat