- Berita
- Berita Auto
- Dalam 1 Jam, 10 Unit Pertama Subaru BRZ Disapu Habis Selepas Diperkenal Di Indonesia
Dalam 1 Jam, 10 Unit Pertama Subaru BRZ Disapu Habis Selepas Diperkenal Di Indonesia

Subaru BRZ (Sumber: Antara Foto)
10 unit Subaru BRZ serba baharu habis terjual sebaik dipertontonkan buat pertama kalinya kepada orang ramai dalam acara yang masih berlangsung di Indonesia sehingga 21 Ogos ini, Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022!
Subaru BRZ (Sumber: Kompas)
Ini bermakna kesemua sepuluh pembeli tersebut merupakan individu pertama yang bakal menggunakan kenderaan tersebut di atas jalan raya Indonesia. Sebagai pembeli terawal, mereka turut menerima pakej khas, GIIAS Motorsport. Kit yang merangkumi helmet Litar OMP edisi Subaru, sarung tangan OMG First-S, kasut lumba OMP First dan kelas percuma di akademi drift.

10 pembeli terawal turut menerima pakej eksklusif GIIAAS Motorsport (Sumber: Kompas)
Ketua Pegawai Operasi Subaru Indonesia, Arie Christopher berkata, “Kami sangat teruja dengan penerimaan positif yang ditunjukkan terhadap Subaru BRZ, terbukti daripada 10 unit pertama, yang terjual dalam masa hanya 1 jam selepas diperkenalkan.”
Subaru dikuasakan oleh enjin boxer flat-four aspirasi natural 2.4L FA24 dengan output maksimum 234 hp/250 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda menggunakan transmisi enam kelajuan.

Sudut belakang Subaru BRZ (Foto: Carvaganza)
Model ini ditawarkan dalam dua versi bagi memenuhi kepelbagaian citarasa peminat Subaru iaitu versi dengan transmisi automatik dan versi manual. Menggunakan transmisi automatik, kereta mampu melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6.8 saat dan mencapai kelajuan tertinggi, 216 km/j, sementara itu dengan transmisi manual pula, kereta boleh melakukan pecutan abad dalam hanya 6.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 226 km/j.
Mengenai kelengkapannya pula, Subaru BRZ didatangkan secara standard dengan roda bersaiz 18 inci, lampu depan automatik, kluster instrumen digital tujuh inci, paparan infotainmen berskrin sentuh lapan inci berserta kemampuan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Dari segi gaya, ruang kabin kereta tampil eksklusif dengan penggunaan gabungan material kulit dan Ultrasuede.
Varian manual Subaru BRZ ditawarkan daripada harga 825 juta rupiah (RM249,000), manakala varian automatik pula dari 850 juta rupiah (RM257,000).
Bagi pasaran Malaysia, BRZ ini masih belum dilancarkan lagi, walau bagaimanapun, tempahan model ini telah dibuka kepada orang ramai sejak bulan Mac lalu. Harga yang ditawarkan selepas pengecualian SST ketika itu ialah antara RM229,245 hingga RM239,245. Selepas pengecualian SST ditamatkan, harga terkini ialah antara RM249,000 hingga RM259,000. Pembelian adalah termasuk jaminan selama lima tahun atau sehingga 100,000 km.
Sumber: Kompas, Carvaganza, Antara Foto
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat