Honda e Milik TTJ Digeser Kereta Singapura, Pemilik Kereta Pula Buat Tak Tahu!
Sejak semalam tular satu klip video yang memaparkan sebuah kereta Honda e digeser sebuah BMW 3 Series yang menggunakan nombor pendaftaran Singapura.
Rupa-rupanya insiden itu tular memandangkan kereta Honda berkenaan milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.
Melalui hantaran di Instagram, Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya.
Klip video itu memaparkan pemandu BMW itu tergeser Honda E di bahagian pemandu menyebabkan Honda putih bergoyang seketika.
Sebaliknya, bagi pandangan penulis, pemandu BMW itu sebenarnya tidak sedar bahawa dia tergeser Honda e yang diletakkan di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi di Johor Bahru.
Jika anda meneliti balik klip video berkenaan, pemandu BMW kelihatan selamba keluar dari keretanya sebaik meletakkan keretanya di ruang parkir.
Lelaki berkenaan dilihat tidak langsung toleh ke arah Honda e itu. Apa tidaknya, ikutkan pengalaman penulis, sekiranya tergeser kereta orang, sudah pasti kita akan melihat kesan calar pada kereta orang yang kita langgar!
Namun pelik pula perangai pemandu BMW ini, boleh jadi dia tidak sedar atau buat-buat tak tahu!
Apapun, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu.
Tunggu apa pula jawapan pemilik BMW itu nanti!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPP3757
SELANGOR
BSH2353
JOHOR
JYF3890
PULAU PINANG
PRT4198
PERAK
APA4068
PAHANG
CFD2521
KEDAH
KGB8702
NEGERI SEMBILAN
NEG7618
KOTA KINABALU
SJM2182
KUCHING
QAB9546L
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.13
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.85
-0.05
EURO 5 B7
RM 3.05
-0.05
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2025
Berita Terkini
Projek ECRL Ke Rantau Panjang, Perlu Ada Kajian
Perbincangan mengenai cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat ini.
20-08-2025
Harga Diesel Turun 5 Sen Bermula Esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh seminggu bermula 21 hingga 27 Ogos ini.
20-08-2025
Lamborghini Disita Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Sebuah Lamborghini disita gara-gara si pemilik memandu kereta mewah itu tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans di Terengganu, baru-baru ini.
20-08-2025
Subsidi RON95: Kerajaan Ambil Kira Pemilikan Rumah, Kereta Mewah, Pendapatan Bulanan
Pemilikan hartanah, pendapatan bulanan dan kenderaan mewah antara kriteria tambahan ditetapkan dalam menentukan kelayakan untuk mendapatkan subsidi petrol RON95.
20-08-2025
Motosikal Elektrik CKD: SoloEra Solo 1C Dipasang Di Glenmarie, Shah Alam.
SoloEra Solo 1C kini dipasang di Glenmarie, Shah Alam.
20-08-2025
Masih Ramai Guna Nombor Plat Palsu
Seramai 92 individu ditahan gara-gara menggunakan nombor pendaftaran palsu sepanjang operasi penguatkuasaan dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dari Januari hingga Julai tahun ini.
20-08-2025
Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas
MAA mendedahkan TIV sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada bulan lepas.
20-08-2025
Agong Berkenan Pandu Uji ETS dari KL ke Rawang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memandu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Rawang, Selangor .
19-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat