ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Motor Group Rangkul Lapan Anugerah Red Dot 2022!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hyundai Motor, Genesis dan Kia – tiga jenama di bawah Hyundai Motor Group berjaya merangkul lapan anugerah reka bentuk, termasuk dua pengiktirafan tertinggi “Terbaik antara yang Terbaik” dan enam sebagai “Pemenang” dalam anugerah berprestij Red Dot Design Award: Brand & Communication Design 2022 yang dianjurkan oleh Design Zentrum Nordrhein-Westfalen, Jerman. 




CES 2022 Exhibition Booth


Pengiktirafan tertinggi, “Terbaik antara yang Terbaik” diberikan kepada "CES 2022 Exhibition Booth” Hyundai Motor, sebuah pameran yang diadakan untuk menyampaikan visi robotik syarikat demi masa depan dengan kebebasan mobiliti tanpa batasan dalam dunia sebenar dan metaverse. 


Bagi menerajui penggunaan robot dunia fizikal dan metaverse, Hyundai Motor memperkenalkan idea baharu "Metamobiliti" sewaktu pameran CES 2022, bermula dengan Mobiliti Benda atau Mobility of Things (MoT) berasaskan robotik, dan memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba teknologi ini sendiri.


Sebagai penyelesaian menyeluruh bagi ekosistem MoT, Hyundai memperkenalkan platform modular Plug & Drive (PnD) dan Drive & Lift (DnL), serta robot berkaki empat Spot Boston Dynamics dan robot humanoid bipedal Atlas TM.


Bilik Pameran Hyundai Motor Songpa


Bilik Pameran Hyundai Motor Songpa dipilih sebagai "Pemenang" bagi kategori Brand Stores. Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan kualiti perkhidmatan Concierge Hyundai yang menawarkan suasana selesa dan pengalaman pelanggan yang memuaskan.


Genesis Suji, Genesis Studio Anseong dan Genesis House New York


Genesis Suji, Genesis Studio Anseong dan Genesis House New York masing-masing menerima anugerah Red Dot untuk Reka Bentuk Kedai Jualan, dan pemasangan karya seni yang diilhamkan oleh kenderaan elektrik GV60 yang menerima anugerah untuk Komunikasi Ruang. Selain itu, Kokpit Bersepadu Kereta Bersambung Genesis (ccIC) pula menerima anugerah untuk Antara Muka Pengguna (UI).


Genesis Suji membawa pulang anugerah “Terbaik antara yang Terbaik” dalam kategori Brand Stores kerana mentakrifkan semula pengalaman pelanggan kereta Korea dengan mewujudkan satu-satunya ruang di Korea yang menggabungkan ruang pembentangan dengan program perkhidmatan.


Kia Corporation


Akhir sekali, Kia Corporation menjadi “Pemenang” untuk kategori Panduan Reka Bentuk Korporatnya, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX9715

SELANGOR

BSU9607

JOHOR

JH2516J

PULAU PINANG

PSH3426

PERAK

APM8470

PAHANG

CFJ3803

KEDAH

KGJ7694

NEGERI SEMBILAN

NEM5578

KOTA KINABALU

SJV1342

KUCHING

QAB9761P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

15-09-2024
Global

04-04-2023
Berita Auto

08-01-2026
Global

12-12-2025
Berita Auto

11-12-2025
Berita Auto

28-11-2025
Global

17-09-2025
EV

13-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028

Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.

10-11-2026
Berita Auto

CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026

CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.

10-11-2026
Berita Auto

Budak Tersungkur Atas Jalan, Polis Cari Waris

Punca masih belum diketahui.

10-11-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.