Kerjasama Dimeterai Untuk Akses Pengecasan EV

Peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan, GoCar Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah berkolaborasi dengan Green EV Charge, sebuah syarikat kerjasama antara Yinson Green Technologies (M) Sdn. Bhd. dan GreenTech Malaysia Alliances Sdn. Bhd.
Kedua-dua pihak memeterai perjanjian itu untuk meningkatkan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara dengan mengintegrasikan platform mudah alih chargEV menerusi aplikasi GoCar.
Kerjasama itu membolehkan ahli GoCar dan pengguna EV lain mendapatkan akses lebih mudah dan ketersambungan lebih baik ke atas semua stesen chargEV secara langsung daripada aplikasi GoCar tanpa perlu menukar platform.
“Kami teruja mengenai kerjasama dengan Green EV Charge. Menerusi charge, ia sekurang-kurangnya akan dapat membantu meningkatkan pengalaman pengecasan EV buat pelanggan di seluruh Malaysia.
“Kami berbangga untuk menjuarai cara bergerak yang lebih pintar dan mesra alam. GoEV menyaksikan kejayaan dalam menjadikan EV lebih mampu milik dan mudah diakses oleh orang ramai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

Fasa pertama integrasi itu akan membolehkan pengguna aplikasi GoCar untuk melihat lokasi, kebolehdapatan dan jenis pengecas dalam rangkaian chargEV.
Penambahbaikan pada fasa seterusnya adalah integrasi seperti pra-tempahan pengecas EV, menjadualkan pengecasan, membuat pembayaran dan memantau proses mengecas.
Syarikat juga telah mengembangkan perkongsian serta langganan GoEV yang kini merangkumi model-model seperti Nissan Leaf, Hyundai Kona E-Max dan E-Lite.
Ia mahu menambahnya kepada lebih 100 unit EV menjelang tahun 2022.
Menerusi GoEV, ahli GoCar boleh merasai pengalaman memandu sebuah EV selama sejam, sehari atau sebulan, malah setahun hingga tiga tahun.
Berdasarkan kepada data yang dikumpul hingga ke hari ini, daripada 1,000 pengguna GoEV yang telah mencatat perjalanan lebih 500,000km, 90 peratus merupakan pengguna EV kali pertama.
Untuk makluman, kerja-kerja telah dijalankan untuk menaik taraf dan memodenkan rangkaian, perkhidmatan serta sistem sokongan charge.

Ia selari dengan misi mempercepatkan penyediaan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.
Pelanggan juga boleh melihat lokasi, kebolehdapatan dan maklumat jenis penyambung pengecas, selain mendapatkan arahan penggunaan pada masa sebenar.
Aplikasi itu kini menawarkan lebih fleksibiliti dengan pilihan langganan dan bayaran mengikut penggunaan bagi memenuhi keperluan pelanggan, selain menawarkan akses lebih baik kepada semula kenderaan elektrik.
Maklumat lanjut mengenai GoCar, sila layari laman web https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter e GoCar Malaysia.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge