Menangi RM80K Dalam Filem Pendek BMW Shorties

Perhatian kepada semua pengarah filem tanah air!
Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali lagi pada tahun ini. BMW Shorties merupakan pertandingan filem pendek masyhur yang paling lama ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2006!
Pertandingan filem pendek paling berprestij di Malaysia itu bakal mempamerkan filem-filem BMW Shorties dari tahun 2011 hingga 2019 di Astro GO bermula hari ini hingga 18 September depan.
Untuk makluman anda, BMW Shorties sebenarnya berperanan mengetengahkan filem-filem pendek Malaysia bersama ASTRO GO sempena Merdeka dan Hari Malaysia.
Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BMW, Sashi Ambi berkata, BMW Shorties “merupakan usaha kreatif daripada BMW Group Malaysia untuk bakat-bakat perfileman tempatan.
Program ini mengiktiraf para bakat tempatan dalam pengembaraan kreatif mereka, dan kami turut memetik ilham daripada golongan ini sebagai sebuah jenama dalam lapangan inovasi dan kreativiti," katanya dalam satu kenyataan.


30 filem pendek BMW Shorties yang bakal ditayangkan di Astro GO ialah:
1. Guang oleh Quek Shio Chuan,
2. Murdered oleh Chua Dick Woei,
3. Sid & Barry oleh Quek Shio Chuan,
4. Hidup Bersama oleh Lau Ming Yeow,
5. Putus oleh Muhammad Ezmeer bin Abd Rahman,
6. 32°C Fall In Love oleh Tan Seng Kiat,
7. Pejam Pelik oleh Mohd Khairul Azri Md Noor8. Rozita binti Roslan oleh Taufiq Kamal,
9. Fish oleh Gan Yu Long,
10. Koci 5 Ringgit oleh Khairul Azaharuddin bin Ariffin,
11. Gigi oleh Audrie Yeo,
12. Short & Sweet oleh Balachandran S.K. Sivalingam,
13. TUCK oleh Gordon Ling Fu Chur,
14. Terminal oleh Caston J,
15. Hawa oleh Tan Ce Ding,
16. Roundabout oleh Liew Yew Yin,
17. Never Was The Shade oleh Lim Kean Hian,
18. SELAM 2.0 oleh Lor Yew Mien,
19. Desakan Dewasa oleh Johanna Johan Ariffin,
20. Touch oleh Wilson Tai,
21. Gold! There is Gold in the River oleh Mallory Lee,
22. Colourless oleh Ananth Subramaniam,
23. Burn oleh Ng Kwok Yong,
24. Handbag oleh Mohd Khairul Anuar,
25. Kampung Aman oleh Sherwynn Victor dan Michael Lourdes,
26. PACE oleh Ekin Charles,
27. Di Sini Aku oleh Putri Purnama Sugua,
28. Ralat the Musical oleh Khairi Anwar,
29. Pemburungan oleh Chulat,
30. SATU oleh John Hafiz


Selain tayangan filem-filem pendek BMW Shorties ini di Astro GO, pertandingan BMWShorties juga bakal kembali untuk tahun yang ke-16, kini dengan tema “RE:IMAGINE”!

Pertandingan ini bermatlamat untuk menyediakan sebuah platform bagi para pembikin filem dan kandungan digital untuk menzahirkan kreativiti masing-masing, dan pemenang hadiah utama BMWShorties sekali lagi akan dianugerahkan geran produksi bernilai RM 80,000 untuk membikin sebuah filem pendek hasil pembiayaan BMW Shorties.
Untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/BMWShorties dan akaun Instagramnya di www.instagram.com/bmwshorties.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8259
SELANGOR
BST6476
JOHOR
JE1646J
PULAU PINANG
PSF4980
PERAK
APL4351
PAHANG
CFH7161
KEDAH
KGJ710
NEGERI SEMBILAN
NEL8129
KOTA KINABALU
SJU942
KUCHING
QAB5501P
Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL
Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.
11-09-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat