ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Supercharger Tesla "Haram" Di Jerman, Ini Puncanya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Stesen Supercharger Tesla (Foto: Bloomberg)


Stesen Supercharger Tesla yang disediakan untuk orang awam termasuklah pengguna kenderaan elektrik bukan Tesla dikatakan sebagai “haram” di Jerman kerana tidak dilengkapkan dengan alat penghitung kilowatt jam (kWh). 


Sejak tahun 2021, Tesla mula memperluas rangkaian pengecas pantasnya di seluruh dunia bermula dari negara Belanda sebelum diperkembang ke negara lain seperti Norway, Perancis, UK, Sepanyol, Sweden, Belgium, Austria. Baru-baru ini, pada bulan Jun, Tesla menyediakan Supercharger di negara Denmark, Finland, Jerman, Luxembourg dan Switzerland. 


Namun di negara Jerman, sistem pengecas yang disediakan Tesla nampaknya tidak menepati ciri-ciri yang ditetapkan negara tersebut. Media Jerman, Handelsblatt melaporkan, Supercharger Tesla dianggap sebagai “haram” kerana tidak dilengkapkan dengan penghitung kWh, katanya:


“Setiap stesen pengecas di mana arus pengecasan dicaj mengikut kilowatt jam (kWh) mesti mematuhi undang-undang penentukuran Jerman, iaitu, mempunyai meter yang mengukur arus yang dicas dengan tepat.”



Logo Tesla (Foto: Reuters)


Pengecas tersebut tidak disediakan dengan mesin penghitung kerana Tesla bergantung kepada penggunaan aplikasi telefon pintar bagi memantau setiap sesi pengecasan. 


Aplikasi telefon pintar Tesla (Foto: Teslarati)



Ketua Pejabat Timbang dan Sukat Bavaria, Thomas Weberpals berkata, menjadi tanggungjawab Tesla dan juga syarikat lain yang menyediakan stesen pengecasan untuk menyesuaikan sistem pengecas dengan undang-undang negara. Buat masa ini, Jerman tidak mengambil sebarang tindakan rasmi terhadap Tesla.


Terdapat beberapa syarikat penyedia stesen pengecasan lain yang turut melanggar peraturan yang sama, tetapi Tesla mempunyai bilangan stesen yang tertinggi. Thomas memaklumkan bahawa isu ini sedang cuba diselesaikan.


Sumber: Electrek, Handelsblatt

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9385

SELANGOR

BST4705

JOHOR

JD6472J

PULAU PINANG

PSF3445

PERAK

APL2673

PAHANG

CFH6337

KEDAH

KGH8774

NEGERI SEMBILAN

NEL7048

KOTA KINABALU

SJT9135

KUCHING

QAB5215P

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Teknologi
Teknologi
EV

08-10-2025
EV

06-10-2025
EV

03-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.