ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[TULAR] King Myvi Kini Jadi Kereta Peronda Polis?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Tular di media sosial yang memaparkan beberapa buah King of the Road, Perodua Myvi dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Foto lima unit Perodua Myvi yang diletakkan di tepi jalan itu dikongsikan di Facebook SM Offroad and Outdoor Equipment (SMOE), sebuah syarikat yang menjual komponen dan aksesori kenderaan 4X4 di Banting. 


Menurut syarikat tersebut, mereka diberikan tugas untuk memasang bar lampu strob dan siren kepada lima buah Myvi tersebut. Mereka turut mendedahkan bahawa Myvi tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perodua bersama PDRM, lapor Carlist. 

Akan Digunakan Untuk Rondaan


Tambahnya lagi, kesemua Myvi ini akan digunakan bagi tujuan rondaan ringan pihak polis di daerah tertentu yang masih lagi belum didedahkan secara terperinci. Namun dua daripada lima kereta tersebut telah diserahkan kepada polis di daerah Ulu Yam Bharu dan Serendah, kedua-duanya tidak jauh dari kilang Perodua di Rawang. 

Varian Myvi Yang Digunakan PDRM


​​Berdasarkan foto yang tular tersebut, Myvi yang digunakan bukan Myvi 2022 tetapi merupakan model pre-facelif varian tertinggi, AV, yang menggunakan enjin 1.5L aspirasi semulajadi 2NR-VE petrol dengan output maksimum 102 hp/137 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 4 kelajuan. 

Bahagian Luar Myvi Yang Digunakan PDRM


Myvi ini tampil berbeza berbanding kereta peronda lain yang menggunakan warna putih kerana kesemua unit yang dipaparkan dalam foto tersebut dicatkan dengan warna Glittering Silver (perak).

Selain logo Polis, pada badan kereta turut terdapat logo bertulis Perodua pada bonet depan dan but belakang, termasuklah pintu belakang kiri dan kanan Myvi tersebut. 

Baca: Nilai Jualan Semula Myvi Terpakai Tinggi!

Model Terlaris Malaysia Sehingga Kini

Model yang dilancarkan pada tahun 2005, Myvi, merupakan kereta paling laris seantero Malaya dengan jumlah jualan yang tinggi buat sembilan tahun berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2014. Ia terus menjadi model terlaris negara antara tahun 2018 hingga 2021. 

Baca: Perodua Myvi Yang Dinantikan Ramai Telah Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM45,700

Baca: Kereta Polis Jenis BMW M3 Competition Tular di Facebook!

Baca: Gaji Bawah RM3000? Ini Senarai 5 Model Kereta Termurah Dengan Minyak Paling Jimat

Baca: Myvi Baharu Terima Perubahan Yang Ketara! Apakah Perubahannya?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
EV

19-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Global

03-11-2025
Berita Auto

06-05-2025
EV

22-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.