Apa Yang Anda Patut Tahu Mengenai Ford Ranger?
Adakah anda masih berteka-teki untuk membeli Ford Ranger 2022?
Jika ya, Caricarz ingin memaklumkan bahawa anda mungkin tidak akan berasa rugi jika “terbeli” Ford Ranger serba baharu ini?
Tetapi kenapa?
Ini kerana Ford Ranger adalah antara model paling canggih yang pernah dihasilkan setakat ini.
Untuk makluman anda, ada sembilan ciri keselamatan yang ada pada jentera ini.
Berikut adalah perinciannya:
1. Brek Pasca-Perlanggaran
Sistem brek pasca-perlanggaran berfungsi sekiranya berlaku pertembungan. Dengan adanya sistem ini, sebenarnya mengurangkan risiko pertembungan kedua. Sistem ini secara automatik mengaktifkan
tekanan brek sederhana apabila pertembungan pertama berlaku dan ia cuma ditawarkan bagi varian WildTrak dan XLT Plus.
2. Bantuan Pra-Perlanggaran
Ia dapat mengesan risiko pertembungan dengan kenderaan lain,
pejalan kaki atau penunggang basikal di depan anda. Jika risiko perlanggaran dikesan, sistem ini akan memberikan amaran audio dan visual. Jika maklum balas pemandu tidak mencukupi, sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) akan diaktifkan secara automatik.
Sistem ini merangkumi:
3. Brek Kecemasan Automatik (AEB)
Sistem AEB telah dipertingkatkan dengan kemampuan mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, serta kebolehan untuk memberikan sokongan AEB di simpang dalam keadaan tertentu, menerusi tambahan kamera baru dengan pandangan lebih luas. Ini bermakna jika pemandu gagal untuk bertindak balas, kenderaan akan mengaktifkan brek secara automatik bagi membantu mengurangkan tahap impak sesetengah pertembungan secara berdepan.

4. Amaran Awal Perlanggaran
Jika ada kemungkinan pertembungan berdepan, sistem Amaran Awal Perlanggaran Ford Ranger generasi baharu akan menutup sistem audio dan memberi amaran menerusi audio.
5. Bantuan Pemanduan Mengelak
Ia membantu pemandu mengelak risiko pertembungan dengan memperlahankan atau menghentikan kenderaan lebih awal. Ini membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih mudah apabila pertembungan tidak boleh dielak hanya dengan brek. Sistem ini direka untuk mengendalikan kelajuan sama ada di jalan biasa mahupun di lebuh raya dan menggunakan kamera serta radar yang sama bagi ciri Bantuan Pra-Pertembungan. Ciri ini boleh didapati pada varian WildTrak generasi baharu.

6. Bantuan Brek Mengundur
WildTrak generasi baru juga hadir dengan Bantuan Brek Mengundur, yang membantu pemandu untuk mengelak atau mengurangkan risiko pertembungan ketika mengundur. Sistem ini boleh mengesan kenderaan yang bergerak, manusia mahupun objek di belakang kenderaan. Sistem ini akan membrek kenderaan jika pemandu tidak bertindak cepat.

7. BLIS
Jika kenderaan laju masuk ke zon titik buta Ranger, BLIS akan memberi isyarat kepada pemandu menerusi lampu kecil di cermin pandang sisi, agar mereka tidak menukar lorong pada masa itu.
8. Penggera Lintasan Trafik

Ketika pemandu menukar gear undur, sistem akan diaktifkan dan memberitahu pemandu misalnya jika ada kenderaan lain mendekat dari sebelah sisi, ketika mengundur dari perkarangan rumah dan masuk ke jalan raya, atau keluar dari tempat letak kereta pasar raya yang sibuk.
9. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Stop-and-Go

Sistem ini membolehkan pemandu menetapkan kelajuan melayar dan kemudian mengekalkan jarak dengan kenderaan di hadapan. Apabila kenderaan di hadapan mengurangkan kelajuan, Ranger akan turut menjadi perlahan dan boleh sehingga berhenti apabila jalan kembali lancar, Ranger akan kembali bergerak berdasarkan kelajuan dan jarak kereta di hadapan yang telah ditetapkan.
Selepas anda membaca ciri-ciri keselamatan yang ada pada Ford Ranger ini, mungkin anda sudah membuat keputusan.
Apa jua keputusan anda, kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD7330
SELANGOR
BSR1710
JOHOR
JYB3950
PULAU PINANG
PSD3423
PERAK
APJ4267
PAHANG
CFG8759
KEDAH
KGG6703
NEGERI SEMBILAN
NEK7426
KOTA KINABALU
SJS5734
KUCHING
QAB632P
Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat