ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Bas Elektrik Pandu-Sendiri Akan Diuji Di Malaysia, Kerjasama Antara Rapid Bus & eMoovit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

eMoovit  dan Rapid Bus bekerjasama untuk membawakan bas elektrik autonomi yang pertama di Malaysia (Foto: MyRapid)


Rapid Bus Sdn Bhd memperkenalkan bas elektrik autonomi yang pertama di Malaysia. Bas ini akan digunakan buat pertama kalinya dalam operasi percubaan bermula seawal bulan depan. Program ini dijalankan dengan kerjasama eMoovit Technology Sdn Bhd. 




Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, En. Muhammad Yazurin Sallij berkata, inisiatif penggunaan teknologi bas elektrik berautonomi ini dilakukan untuk memajukan sektor pengangkutan awam negara di samping melestarikan alam sekitar. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif eMooVit, Dr Hairi Bin Zamzuri berkata, “Kami berharap dengan memperkenalkan kenderaan elektrik berautonomi ini, ia akan membawa beberapa manfaat, termasuk potensi untuk mengurangkan pelepasan CO2, penambahbaikan sistem pengangkutan dan juga pengunaan tenaga.


“Di samping itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia baru-baru ini, lebih daripada 80% kemalangan jalan raya di Malaysia disebabkan oleh kecuaian pemandu. Ini amat membimbangkan dan aspirasi kami adalah teknologi kenderaan elektrik berautonomi ini akan dapat mengurangkan kesilapan manusia,” tambah Dr Hairi.




Melalui kerjasama ini, eMooVit akan menyediakan bas elektrik autonomi, sistem pengecasan, sokongan teknikal, khidmat penyelenggaraan dan sesi latihan kepada kakitangan Rapid Bus, manakala Rapid Bus pula bertanggungjawab menyediakan trek ujian, ruang bengkel dan juga sokongan operasi. 


Baca: ChargeSini Tembusi Pengecasan EV Malaysia


Lokasi percubaan yang dipilih adalah Sunway kerana kawasan keadaan trafik yang terkawal.


Sumber berita/foto: MyRapid


Baca: DHL, Syarikat Kurier Pertama Di Malaysia Guna Van Elektrik Untuk Hantar Barang


Baca: Pengguna Boleh Beri Cadangan Pembaikan Servis Pengangkutan Awam Melalui Aplikasi

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA8527

SELANGOR

BSQ4657

JOHOR

JYX5963

PULAU PINANG

PSC6252

PERAK

APH8064

PAHANG

CFG6458

KEDAH

KGG2934

NEGERI SEMBILAN

NEK5310

KOTA KINABALU

SJS1447

KUCHING

QAB9231N

Terakhir Kemas Kini 03 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
EV

07-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

22-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

16-05-2025
Berita Auto

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.