ChargeSini Tembusi Pengecasan EV Malaysia

Anda seorang pengguna Kenderaan Elektrik (EV)? Jika ya, ada berita baik untuk anda! Ini kerana terdapat penyedia perkhidmatan pengecasan EV yang sudah menembusi pasaran Malaysia. Ia yang dikenali sebagai ChargeSini diasaskan oleh sekumpulan pemikir yang berkecimpung dalam bidang e-dagang dan penyelesaian kejuruteraan.dalam industri elektrikal.

ChargeSini hadir dalam pasaran selepas menyaksikan peningkatan terutama dari segi ketersediaan stesen pengecas EV di pasaran dan penggunaan EV ketika ini.
Untuk itu, ChargeSini tampil untuk menyelesaikan isu-isu sedia ada yang dihadapi oleh pemilik dan pengguna EV tempatan terutama dari segi stesen pengecas EV yang cukup terhad di Malaysia.
Jadi, ChargeSini telah bekerjasama dengan pembekal tempatan Sangitech dalam usaha mereka untuk memenuhi keperluan pengguna mereka dengan pelbagai penyelesaian dan produk pengecasan EV.
Ia menawarkan stesen pengecasan EV di rumah premis perniagaan. Lebih menarik, produk ini mempunyai pensijilan dariapda agensi pemantauan keselamatan TUV Jerman dan Pusat Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) melalui skim MyHijau.





Ketika ini, ChargeSini menawarkan rangkaian pengecas AC, iaitu kotak dinding Nexus, Nexus Pro dan Nexus Biz dengan output antara 7kW dan 22kW.
Terdapat juga rangkaian produk pengecas pantas DC yang terdiri daripada unit pengecasan Stellar40, Hyper80, Hyper140 dan Hyper180 dimana ia memberikan output antara 80kW dan 140kW.
ChargeSini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan di beberapa kediaman seperti apartmen dan kepada mereka yang berkongsi lot parkir bercampur.
![]()
Ia juga mempunyai penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) bersepadu dan sistem pengurusan parkir.
Dari sudut perniagaan, ChargeSini menyatakan bahawa produk seperti kotak dinding Nexus Biznya boleh membantu menjana pendapatan pengusaha tempatan sekitar RM64,000 dan RM300,000 untuk setahun.
Apapun, semua produk pengecasan EV ChargeSini turut disertakan dengan perlindungan waranti dua tahun.
Jika anda berminat untuk melihat produk ChargeSini, anda boleh kunjungi bilik pamerannya yang terletak di Pandan Indah, Ampang.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web ChargeSini di chargesini.com atau hubungi +6011-1638-1880.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7298
SELANGOR
BSQ8606
JOHOR
JYY8209
PULAU PINANG
PSD1520
PERAK
APJ2690
PAHANG
CFG7951
KEDAH
KGG5423
NEGERI SEMBILAN
NEK6708
KOTA KINABALU
SJS4392
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat