Cybertruck Bukan Sekadar Trak, Tapi Juga Bot!
Reka bentuk yang unik (Foto: Tesla)
Tesla sebelum ini pernah mendedahkan kepada umum tentang penghasilan sebuah trak futuristik yang dinamakan Cybertruck pada tahun 2019, yang mana dikatakan akan mula dijual pada tahun 2021, namun dalam perkembangan terkini, pengeluarannya dianjakkan kepada tahun 2023.
Cybertruck sewaktu dipertontonkan buat pertama kali
Sejak mula diperkenalkan, CEO Tesla, Elon Musk telah mendedahkan sedikit demi sedikit informasi atau cita-cita yang cuba dicapainya melalui trak yang dihasilkan. Baru-baru ini, Elon berkongsi di Twitter bahawa Cybertruck yang dibangunkan boleh berfungsi seperti sebuah bot buat jangka masa pendek.
Baca: Trak Elektrik Tesla Dengan Jarak Hampir 1000KM Akan Mula Dihantar Tahun Ini
"Cybertruck akan cukup kalis air untuk berfungsi sebagai bot buat jangka masa yang pendek, jadi ia boleh menyeberangi sungai, tasik dan juga laut yang tidak terlalu berombak,” ujarnya.

Tambah Elon, fungsi ini penting untuk membolehkan Cybertruck digunakan dalam perjalanan ke Starbase – fasiliti SpaceX yang terletak di Boca Chica, Texas – ke Pulau Padre Selatan, yang perlu merentas kawasan berair.
SpaceX
Namun begitu, ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Cybertruck untuk menjadi sebuah kenderaan kalis air terutamanya mereka yang pernah menggunakan Tesla Model Y. Kereta tersebut dikhabarkan mengalami masalah kebocoran but hadapan.

Walaupun Cybertruck menerima pelbagai kritikan, trak unik ini menerima pra-tempahan daripada ribuan orang yang hanya perlu membayar AS$100 (RM462.95).

Komen penulis: Menarik juga kereta yang boleh berfungsi sebagai bot ya? Lebih-lebih lagi dalam keadaan negara kita mudah dilanda banjir seperti sekarang. Harapnya ada syarikat di Malaysia yang terfikir untuk menghasilkan kenderaan dengan kemampuan sama pada harga marhaen satu hari nanti.
Baca: Pemilik Tesla Bengang Terkunci Dari Luar Selepas Bateri Mati, Kereta Akhirnya Di...
Baca: [KAJIAN] Apple Belum Keluarkan Kereta, Tapi Ramai Berniat Nak Beli, Termasuk Pengguna Tesla!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge