ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Bertenaga Solar, Sion, Terima Lebih 32K Tempahan! Pengeluaran Mula 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengasas Sono Motors, Laurin Hahn dan Jona Christians (Foto: Sono Motors)


Sono Motors mengumumkan syarikatnya kini menerima tempahan lebih 32,000 unit bagi EV solar (SEV) Sion yang bakal dilancarkan nanti. 


Sono Motors, syarikat yang berpangkalan di Jerman ini telah membangunkan kenderaan elektrik (EV) berkuasa solar. Teknologi kuasa kereta yang diketengahkan menjadi impian ramai kerana jika dibandingkan dengan EV biasa, SEV boleh bergerak lebih jauh dan lebih lama tanpa perlu dicas. 


SEV Sion (Foto: Sono Motors)


EV solar Sion yang dihasilkan syarikat secara puratanya, dapat menempuhi perjalanan dari 70 ke 150 batu (112.65 - 241.40 km) jauhnya dalam masa seminggu dengan hanya menggunakan tenaga solar. 


Baca: SEV Sion: Kereta Solar Yang Bakal Dijual Kepada Orang Ramai, Pengeluaran Bermula Tahun 2023


Sono Motors telah mempertontonkan EV solar Sion versi pengeluaran dalam sebuah acara yang diadakan pada bulan Julai. Ketika acara ini, Sono menunjukkan beberapa penambahbaikan pada reka bentuk dan fungsi kereta, ini menyemarakkan lagi keterujaan orang ramai termasuklah syarikat pengangkutan di Eropah. 


SEV Sion (Foto: Sono Motors)


Ini terbukti apabila Sono Motor mengumumkan angka tempahannya yang telah menjangkau lebih 20,000 unit! Secara purata, bayaran pendahuluan yang dikenakan ialah kira-kira €2,000 (RM8,899.40) yang kini telah mengumpulkan sejumlah €40 juta (RM177.99 juta). Sekiranya semua tempahan ini diteruskan sebagai pembelian, sejumlah €502.5 juta (RM2,235.97 juta) dapat dikumpulkan. 


Tempahan terbaharu yang diterima Sono Motors adalah dari syarikat langganan kereta dari Munich, FINN yang beroperasi di Jerman dan Amerika Syarikat. Syarikat tersebut membuat tempahan sebanyak 12,600 unit SEV kerana merancang untuk menyediakan pengangkutan yang mampan kepada pengguna. 


SEV Sion (Foto: Sono Motors)


Bagi memenuhi permintaan tinggi ini, Sono Motors akan membuat penghantaran sebanyak 2,500 unit Sion kepada FINN setiap tahun sehingga tahun 2029. Apabila digabungkan dengan tempahan 20,000 unit daripada orang ramai, kira-kira 32,000 unit SEV keluaran Sono Motors bakal meluncur di jalan raya sebelum penghujung dekad ini. 


Tonton video sidang media Sono Motors:



Sumber: Elecktrek
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6614

SELANGOR

BST4184

JOHOR

JD5281J

PULAU PINANG

PSF2897

PERAK

APL2154

PAHANG

CFH6110

KEDAH

KGH8424

NEGERI SEMBILAN

NEL6731

KOTA KINABALU

SJT8709

KUCHING

QAB5064P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

14-09-2022
Global

09-09-2022
Global

09-09-2022
Global

09-09-2022

Berita Terkini

EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.