iPhone 14 Ada Ciri Pengesan Kemalangan Kereta? Ini Cara Ia Berfungsi...
Apple memberi tumpuan kepada ciri keselamatan dalam keluaran terbaharu (Foto: Apple)
Akhirnya, setelah lama dinanti-nantikan ramai, Apple mengumumkan kehadiran produk baharu syarikat, iPhone 14 dan Apple Watch yang dilengkapkan dengan pelbagai ciri dan inovasi baharu. Salah satu ciri yang menarik perhatian ramai ialah pengenalan fungsi pengesanan kemalangan kereta. Ciri yang unik tetapi apa sebenarnya tujuan ciri ini dan bagaimana ia berfungsi?
iPhone 14 tidak ditawarkan dalam versi mini (Foto: Apple)
Menjelaskan mengenai ciri baharu ini, Apple berkata, “Untuk menghasilkan algoritmanya, data dikumpulkan melalui sensor pergerakan [inovasi] baharu di makmal ujian pelanggaran profesional menggunakan kereta penumpang biasa melalui simulasi kemalangan dunia sebenar, membabitkan [pelanggaran] bahagian depan, belakang, sisi, dan olengan atau rollover [kereta].
Di hutan, di gunung atau di tengah lautan, bantuan boleh dicapai melalui sambungan satelit melalui ciri Emergency SOS via satellite (Foto: Apple)
“Algoritma pergerakan canggih yang dihasilkan Apple adalah berdasarkan data terkumpul selama lebih sejuta jam [dalam situasi] pemanduan dan pelanggaran sebenar untuk tahap ketepatan yang tinggi,” jelas Apple.
Adakah ini bermakna pengguna iPhone 14 lebih selamat berbanding yang lain? (Foto: Apple)
Ciri ini hadir dengan fungsi yang sama seperti sistem pengesan kejatuhan atau fall detection yang digunakan dalam produk sedia ada Apple. Sekiranya peranti mengesan penggunanya terbabit dalam kemalangan dahsyat, ciri ini akan menghantar notifikasi kepada nombor kecemasan dan kenalan rapat secara automatik sekiranya pengguna tidak memberi sebarang respon terhadap notifikasi yang dipaparkan pada skrin telefon dalam masa 10 saat.

BAGAIMANA TEKNOLOGI INI BERFUNGSI?
Bagi membolehkan teknologi pengesan kemalangan ini berfungsi, ia dibantu oleh tiga jenis sistem yang terdapat pada iPhone 14. Pertama, barometer yang dapat membaca tekanan udara kabin, kedua, modul GPS yang menerima input perubahan data kelajuan, serta ketiga, ciri mikrofon yang telah ditala supaya dapat mengesan bunyi dan akustik tertentu yang menjadi petanda kemalangan.
Apple memberi tumpuan kepada ciri keselamatan dalam keluaran terbaharu (Foto: Apple)
Bukan hanya pada iPhone 14, kerana ciri pengesan kemalangan ini turut terdapat pada Apple Watch. Jam pintar Apple kini dilengkapkan dengan ciri giroskop dan akselerometer. Menurut Apple, akselerometer yang digunakan ini merupakan jenis yang memiliki julat dinamik tertinggi pernah dipasangkan pada sesebuah jam tangan pintar.
Apple memberi tumpuan kepada ciri keselamatan dalam keluaran terbaharu (Foto: Apple)
Menggunakan teknologi pintar hasil bantuan kesemua sistem ini, peranti dapat mengesan pergerakan pemakai dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkenaan akan dimaklumkan dengan informasi yang penting seperti lokasi kemalangan.
Selain ciri pengesan kemalangan, iPhone 14 dan Apple Watch kini menggunakan sistem operasi yang lebih pantas dan berkuasa iaitu cip A16 Bionic.

Tertarik untuk menggunakan iPhone 14 atau jam pintar keluaran terbaharu dari Apple? Pra-tempahan akan dibuka mulai 16 September nanti. Harga yang ditawarkan bagi iPhone 14 ialah dari RM4,199 ke RM8,299. Berbanding iPhone 13, harga kali ini adalah lebih tinggi iaitu antara RM300 ke RM700. Sementara itu, Apple Watch Series 8 pula ditawarkan pada harga antara RM1,199 ke RM3,799.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQK8380
SELANGOR
BSM2736
JOHOR
JYQ8976
PULAU PINANG
PRY3835
PERAK
APE8874
PAHANG
CFF1466
KEDAH
KGE2061
NEGERI SEMBILAN
NEJ4489
KOTA KINABALU
SJQ1563
KUCHING
QAB1884N
Terakhir Kemas Kini 02 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
+0.02
RON 97
RM 3.10
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.04
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.04
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi
Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.
02-02-2026
Boleh Tahan, 1 Jam Isi RON97 40 Tong Jerikin
Seorang penyeludup dipercayai mengisi RON97 ke dalam 40 tong hanya dalam masa sejam.
02-02-2026
Chery Malaysia Sahkan Model Prestasi & SUV Mewah Akan Tiba Pada 2026
Sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2023, Chery Auto Malaysia tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan taringnya.
02-02-2026
Cuti Panjang, Aliran Trafik Di Karak Masih Steady, Utara, Selatan Mula Sesak
Aliran trafik di beberapa lebuh raya terutamanya menuju ke selatan dan utara mula bergerak perlahan di beberapa kawasan petang ini.
30-01-2026
Jetour Tukar Logo Baharu
JETOUR memperkenalkan logo baharunya di Malaysia, menandakan fasa baharu dalam evolusi jenama tersebut.
30-01-2026
Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS
Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.
30-01-2026
2025 Fasa Kebangkitan EV, 2026 Pula Fasa 'Realiti' – Permintaan EV Mula Perlahan?
Tahun 2025 mungkin akan diingati sebagai tahun kebangkitan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun 2026 pula bakal menjadi tahun realiti.
30-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat