Jualan Kereta Melonjak

Rakyat Malaysia lebih gemar membeli kenderaan baharu berbanding yang terpakai.
Biarpun kos sara hidup semakin meningkat dan tidak seiring dengan kadar peningkatan gaji namun itu tidak menjadi penghalang buat rakyat Malaysia untuk membeli kenderaan baharu.
Rata-rata masyarakat lebih cenderung memilih untuk membeli kereta baharu berbanding kereta terpakai disebabkan pelbagai faktor.
Sebagai bukti apabila Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan jualan kenderaan di Malaysia melonjak kepada 66,614 unit pada Ogos tahun ini.
Angka itu dilihat meningkat berbanding 17,923 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Ini mungkin berita baik buat semua pengeluar kenderaan.

Data yang dikeluarkan MAA.
Apa yang cukup menarik ialah apabila jumlah keseluruhan industri bagi Ogos 2022 juga meningkat sekurang-kurangnya 36 peratus berbanding Julai 2022 (48,922 unit).
“Jumlah jualan bagi Ogos 2022 meningkat 63 peratus kepada 447,209 unit berbanding 274,600 unit dalam tempoh sama pada 2021.
“Malah, jualan kenderaan penumpang juga meningkat kepada 59,769 unit pada Ogos 2022 berbanding 15,475 unit pada Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Jualan kereta semakin meningkat.
Berdasarkan data yang dikeluarkan MAA, ia turut menunjukkan pengeluaran kenderaan komersial juga meningkat kepada 5,096 unit daripada 1,064 unit sebelum ini.
Sebaliknya, MAA menjangkakan jumlah jualan untuk September ini dilihat akan kekal seperti mana bulan Ogos lalu.

Gangguan cip berlaku di seluruh dunia.
Ini kerana masalah kekurangan cip dan komponen masih menemui jalan buntu. Malah rata-rata pembeli sudah mengeluh kerana terpaksa menunggu tempoh yang lama untuk mendapat kenderaan baharu mereka.
Ada yang mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga enam bulan dan ada juga sehingga setahun.
Lagipun isu pengeluaran kereta bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan satu dunia.
Apapun, semoga pembeli baharu terus bertabah menanti!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat