- Berita
- Berita Auto
- [KAJIAN] Apple Belum Keluarkan Kereta, Tapi Ramai Berniat Nak Beli, Termasuk Pengguna Tesla!
[KAJIAN] Apple Belum Keluarkan Kereta, Tapi Ramai Berniat Nak Beli, Termasuk Pengguna Tesla!

Siapa tak kenal Tesla? Syarikat ini merupakan satu-satunya pengeluar kereta global yang berjaya melepasi paras $1 trilion dalam penilaian pasaran, sehingga kini tiada lagi syarikat lain yang berjaya membuat pencapaian sama.
Namun, mungkin ini bukan untuk selamanya…
Hasil kajian daripada Strategic Vision membabitkan 200,000 orang responden mendedahkan, Apple merupakan jenama ketiga tertinggi (mengalahkan Tesla) yang akan dipertimbangkan oleh orang ramai sekiranya ingin membeli kereta baharu.
Rekaan kereta yang pernah dipertimbangkan Apple
Berada di tempat pertama sebagai jenama pilihan ramai ialah Toyota dan kedua, Honda. Walaupun masih belum mengeluarkan kereta, Apple berjaya mengalahkan jenama lain seperti Tesla, Lexus, BMW dan selebihnya dalam kajian yang membabitkan lebih 45 jenama.
Bayangan Apple Car
“Apple merupakan jenama yang menerima pertimbangan ketiga tertinggi dengan 26% pelanggan mengatakan mereka ‘Pasti Mempertimbangkan’ kenderaan berjenama Apple pada masa akan datang,” ujar Presiden Strategic Vision, Alexander Edwards, “ini didahului oleh Toyota (38%) dan Honda (32%), diikuti oleh Ford (21%) dan Tesla (20%).”
Tesla
Lebih daripada separuh pengguna Tesla akan mempertimbangkan kereta Apple pada masa akan datang, dedah kajian ini.
Salah satu rekaan Apple yang dijangkakan oleh pakar automotif Vanarama
Apple juga menerima “tanggapan kualiti” tertinggi dengan markah 24% berbanding 15% untuk Toyota dan 11% bagi Tesla. Namun 34% responden lagi tidak mengetahui secara terperinci mengenai kereta tersebut untuk membuat penilaian.
Inilah penangan jenama Apple, belum lagi melancarkan walau satu model kereta tetapi ramai yang sudah menanti-nantikan kedatangannya. Buat masa ini, Apple tidak pernah lagi mengumumkan secara rasmi tentang projek pembangunan keretanya, namun, umum pernah didedahkan dengan beberapa imej paten dan kerta kerja berkaitan, bermakna ada ‘sesuatu’ yang sedang dilakukan Apple dan khabarnya, semua ini telah bermula sejak tahun 2014 lagi.
Sekiranya apa yang tersebar ini benar, tidak mustahil kita dapat melihat Apple Car pada bila-bila masa bermula dari tahun 2024 nanti.
Apa pula pendapat anda tentang jenama Apple? Adakah anda yakin jenama ini dapat mengalahkan Tesla sebaik dilancarkan nanti? Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah.
Sumber: Apple Insider, Business Insider
Baca: Curi Data Sulit Apple Car, Sebelum Letak Jawatan Untuk Bekerja Di China, Jurutera Ditahan
Baca: Ini Rupanya Perkembangan Terkini Apple Car
Baca: Apple Hasilkan Kereta Tanpa Tingkap, Penumpang Guna VR? Ini Perinciannya...
Baca: Trak Elektrik Tesla Dengan Jarak Hampir 1000KM Akan Mula Dihantar Tahun Ini
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat