OPR Naik Kali Ke-3 Tahun Ini, Faedah Pinjaman Kereta Juga Meningkat?

Gambar hiasan
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kini dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.
Kenaikan ini merupakan kali ketiga bagi tahun ini, pertama pada Mei lalu dan seterusnya pada bulan Julai. Masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.
Menurut BNM, ekonomi global terus berkembang walaupun pada kadar sederhana disebabkan peningkatan harga kos, situasi kewangan global yang semakin ketat serta langkah pembendungan Covid-19 yang ketat di negara China.

Rakyat China beratur untuk melakukan ujian Covid-19 di Chengdu, Sichuan pada 2 September 2022 (Foto: EPA-EFE)
Selain itu, meskipun keadaan rantaian bekalan global kian stabil, tekanan inflasi tetap tinggi disebabkan harga komoditi yang semakin meningkat di samping pasaran pekerja yang ketat.
"Kesannya, bank-bank pusat dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat.
"Khususnya, pelarasan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang agresif telah menyumbang kepada persekitaran dolar AS yang kukuh.
"Hal ini telah menyebabkan ketidaktentuan yang lebih ketara dalam pasaran kewangan, lantas memberikan kesan terhadap mata wang pasaran utama dan pasaran sedang pesat membangun lain termasuk ringgit," katanya.
Kadar Faedah Pinjaman Sewa Beli Meningkat
Seperti yang pernah dilaporkan, penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata, OPR yang tinggi akan menyebabkan kadar faedah bagi pinjaman sewa beli juga tinggi, sekaligus menjadikannya lebih mahal dan mengurangkan kemampuan lebih ramai orang.
Gambar hiasan
"Oleh itu, kami percaya bahawa bank akan menjadi lebih berhati-hati dalam kelulusan pinjaman sewa beli.
Gambar hiasan
"Ini juga berpotensi membawa kepada penurunan kadar kelulusan pinjaman sewa beli," katanya.
Baca: Kadar Faedah Naik: Bank Lebih Berhati-hati Luluskan Pinjaman Kereta
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat