‘Sahabat’ Penjara Jadi Geng Samun Kereta, Tumpas!

Kereta yang dicuri Geng Angah (Foto: Polis Daerah Serdang)
‘Persahabatan’ bermula di penjara, sebaik dibebaskan, hubungan masih diteruskan namun bukan sebagai sahabat yang kita sangka, tapi menjadi rakan subahat jenayah.
Ahli Geng Angah yang berjaya ditahan (Foto: Polis Daerah Serdang)
Kumpulan jenayah yang ditubuhkan mereka untuk melakukan jenayah samun kenderaan, Geng Angah, tidak kekal lama selepas berjaya ditumpaskan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkongsi perincian kes (Foto: Polis Daerah Serdang)
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, empat suspek dalam lingkungan usia 27 ke 37 tahun ditahan melalui serbuan yang dibuat pada Khamis dan Jumaat lepas.
Antara barangan yang dirampas daripada geng samun kenderaan terbabit (Foto: Polis Daerah Serdang)
Pada 20 September lalu, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian samun dan kecurian kereta jenis Honda City berhadapan dengan sebuah restoran yang terletak di Bandar Puchong.
"Mangsa mendakwa didatangi tiga lelaki menaiki Proton Persona dan bersenjatakan parang.
Kereta yang dicuri Geng Angah (Foto: Polis Daerah Serdang)
"Suspek mengarahkan mangsa keluar daripada kenderaan lalu melarikan kenderaan itu menyebabkan mangsa kerugian RM80,000.
"Hasil maklumat dan risikan, polis menahan empat lelaki di sekitar Dang Wangi dan Petaling Jaya," katanya dalam sidang media di IPD Serdang di sini, hari ini.
Kereta yang dicuri Geng Angah (Foto: Polis Daerah Serdang)
Pihak polis merampas lapan telefon bimbit, empat beg silang, komputer riba, rantai emas, parang dan tiga buah kereta iaitu Proton Persona, Honda City serta Hyundai Sonata dengan nilai rampasan berjumlah RM250,000.
"Hasil soal siasat, suspek melakukan jenayah menggunakan kereta sewa bercermin gelap dan mensasarkan mangsa yang mahu meletakkan kenderaan di kawasan parkir.
"Suspek kemudian mengacukan parang sebelum melarikan kenderaan dan barang berharga milik mangsa. Suspek juga memakai topi dan pelitup muka bagi mengelak wajah mereka dikenali mangsa," katanya kumpulan itu aktif melakukan jenayah berkenaan di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu.
Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendedahkan kesemua suspek yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine. Rekod turut menunjukkan keempat-empat suspek memiliki pelbagai jenayah lampau termasuk kes dadah.
Sebanyak tiga kes samun dan kecurian kenderaan berjaya diselesaikan melalui penahanan yang dibuat.
Suspek ditahan reman selama lima hari hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5435
SELANGOR
BSU3563
JOHOR
JF5471J
PULAU PINANG
PSG3466
PERAK
APM1687
PAHANG
CFJ281
KEDAH
KGJ4297
NEGERI SEMBILAN
NEM2486
KOTA KINABALU
SJU5044
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 11 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge