- Berita
- Berita Auto
- Jualan Meningkat Tahun Lalu, Seiring Dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon
Jualan Meningkat Tahun Lalu, Seiring Dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon
UMW Toyota Motor melabuhkan tirai tahun 2021 dengan menstrukturkan pelan inovatif ke era mobiliti rendah karbon pada tahun ini.
Syarikat itu berhasrat untuk lebih menfokuskan kepada kelestarian alam sekitar dan kemampanan proses pengeluaran kenderaan.

Malah, syarikat berkenaan turut mencatatkan kejayaan pada tahun lepas apabila menduduki tangga teratas dalam carta jenama automotif bukan-nasional di Malaysia.
Ia berikutan Toyota Vios dinobatkan sebagai model paling laris manakala trak pikap Hilux pula menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Pada Disember lalu, jualan UMW Toyota meningkat sembilan peratus berbanding November, iaitu daripada 8,487 meningkat kepada 9,246 unit
Bagi tahun 2021, UMW Toyota Motor berjaya mencapai angka jualan keseluruhan sebanyak 72,3964 unit, atau peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.
Nampaknya, di peringkat global, permintaan untuk kenderaan lestari dilihat semakin meningkat seiring dengan peralihan kelestarian alam sekitar dan kemampanan proses pengeluaran kenderaan.
Susulan itu, Malaysia juga dikatakan mahu menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050 iaitu sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Berbalik kepada matlamat syarikat itu, ia dikatakan menyokong perancangan untuk melancarkan Corolla Cross Hibrid tidak lama lagi selepas 18 juta kenderaan berjaya dijual setakat ini.
Syarikat berkenaan turut menawarkan sekurang-kurangnya 45 kenderaan elektrik hibrid di pasaran automotif.
“Pelancaran Corolla Cross Hibrid menandakan peristiwa penting buat UMW Toyota Motor, yang dilihat membuka jalan kepada industri pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, .
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE4077
SELANGOR
BSL409
JOHOR
JYN2436
PULAU PINANG
PRW7096
PERAK
APD4764
PAHANG
CFE4955
KEDAH
KGD4892
NEGERI SEMBILAN
NEH9565
KOTA KINABALU
SJP3604
KUCHING
QAB7750M
Terakhir Kemas Kini 20 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Terkini
Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP
Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.
19-12-2025
Video tular Pemandu Vellfire Rempuh Penunggang Motosikal, Akhirnya Sudah Ditahan Polis
Video tular, pemandu Vellfire sudah ditahan polis.
19-12-2025
Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual
Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.
19-12-2025
Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu
Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini.
19-12-2025
Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan
Pemakaian kamera badan bertujuan untu melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas
19-12-2025
Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid
Kerajaan menegaskan bahawa skim bantuan subsidi bahan api, BUDI95, tidak akan ditukar menjadi rebat tunai bagi menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.
19-12-2025
Krismas: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Bermula 23, 24 Dis Ini!
Kerajaan memberikan diskaun 50% ke atas bayaran tol bagi kenderaan persendirian bermula dari 23 dan 24 Disember ini.
19-12-2025
Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan
Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.
18-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat