Berani Buat, Berani Tanggung, Buat Aksi Drift, Tak Pasal-Pasal Duit Melayang!
Klip video YouTube yang menunjukkan aksi pemuda dari Malaysia yang melakukan aksi drift di sebuah lot parkir berpasir.
Tindakan seorang pemandu yang melakukan aksi drift di negara orang membawa padah apabila dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 100,000 baht (RM12,438) kerana menyebabkan kerosakan kepada empat kenderaan.
Kejadian itu berlaku di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand pada minggu lepas.
Satu klip video yang dimuat naik ke YouTube menunjukkan pemandu berusia 32 tahun yang memandu kereta jenis BMW M4 itu membuat aksi drift di tempat letak di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai.

Lelaki itu ditahan di Hatyai, Thailand pada minggu lepas.
Dia dirakam memusingkan kenderaannya beberapa kali sebelum beredar dari kawasan berkenaan.
Namun entah apa niatnya untuk melakukan lagak drift yang akhirnya memakan diri sendiri.
Tindakannya itu menyebabkan dia terpaksa membayar RM12,438 kerana menyebabkan kerosakan sebuah kereta dan tiga buah tuk-tuk yang secara kebetulan berada di kawasan parkir itu.

Warga Malaysia (kiri) membayar ganti rugi kepada seorang warga emas.
Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan cermin hadapan dan sisi sebuah tuk-tuk pecah manakala tuk-tuk lain mengalami beberapa kerosakan termasuk kesan calar.
Tidak puas hati dengan tindakan pemandu BMW itu, empat pemilik yang terjejas membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan warga Malaysia berkenaan.
Susulan itu, polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.
Selepas membuat perbincangan, warga Malaysia itu bersetuju membayar ganti rugi yang mencecah ribuan ringgit dan turut memohon maaf kepada empat pemilik tersebut kerana tidak menyedari tindakannya boleh menyebabkan kerosakan kepada kenderaan lain.
Semoga kejadian ini dijadikan iktibar kepada rakyat Malaysia yang lain, jangan sesuka hati tunjuk taring di negara orang!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat