Cucu Kehilangan Nenek, Lori Termasuk Laluan Bertentangan
![]()
Kemalangan ini menyebabkan seorang wanita warga emas maut
Siapa sangka rupanya inilah perjalanan terakhir seorang cucu bersama nenek tersayang dan seorang suami bersama isteri tercinta setelah terlibat dalam satu kemalangan.
Seorang wanita warga emas menemui ajalnya selepas kereta yang dinaiki tebabit dalam kemalangan dengan sebuah lori ais di Kilometer 47, Jalan Batu Pahat - Mersing, Sri Lalang, Kluang.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 1 tengah hari tersebut, mangsa, Ungku Zaidah Mansor, 70, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata, mangsa lain yang cedera dalam kemalangan ini ialah pemandu lori, Wong Soon Hing, 60-an, pemandu kereta, Md Yunus Dhal, 70-an, dan penumpang belakang Proton Waja, Afif Imran Shamsul,2. Kesemua mangsa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).
Siasatan awal mendedahkan, pemandu lori yang datang dari arah Kluang menuju ke Batu Pahat hilang kawalan dan termasuk ke dalam laluan bertentangan di mana Proton Waja sedang bergerak.

"Akibat perlanggaran itu, Ungku Zaidah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Soon Hing yang cedera di leher, luka di telinga kiri, bahu kiri dan kaki kiri serta Md Yunus yang juga suami Ungku Zaidah serta cucunya, turut menerima rawatan di HEBHK.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan, Mohd Noor Hakim Nordin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor telah menghantar sebuah jentera FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan lapan anggota ke tempat kejadian sebaik laporan diterima pada jam 1.13 petang.
"Dua mangsa dalam Proton Waja iaitu pemandu dan wanita warga emas tersepit di tempat duduk masing-masing.
"Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas, manakala mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh unit EMRS dan dihantar ke hospital menggunakan EMRS bomba serta ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke hospital berhampiran.
"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Lebuhraya Dash Ragut Nyawa Pertama, "Hati-Hati Guna Dash, Jalan Terlalu Beralun," - Pengguna Dash
Baca: Nyaris Maut! Lori Kontena Hempap Kereta
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4754
SELANGOR
BSV2914
JOHOR
JH7593J
PULAU PINANG
PSH5414
PERAK
APN2099
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9084
NEGERI SEMBILAN
NEM6562
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB701Q
Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge