Ini Betul-Betul Perompak Pro, Ambil Masa 3 Minit Larikan Trak Pikap Gergasi

Rakaman CCTV menunjukkan sebuah Honda menghampiri Hilux berkenaan sebelum dilarikan dalam sekelip mata. - Foto Harian Metro
Ini betul-betul penjenayah berbakat!
Apa tidaknya, sekumpulan penjenayah dikatakan cuma mengambil masa tiga minit untuk melarikan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Taman Desa Indah, Putra Nilai, awal pagi kelmarin.
Bayangkan dalam masa tiga minit, salah seorang pencuri berjaya menghidupkan kenderaan itu tanpa mengeluarkan bunyi penggera.
Menurut pemilik trak pikap terbabit, S. Dinend, 26, kenderaannya memiliki sistem penggera dan pengesanan kedudukan global (GPS).
Untuk itu, pusat khidmat pelanggan Toyota dapat mengesan sekiranya kenderaan dibawah jenamanya itu dilarikan perompak.
“Saya terkejut besar apabila menerima panggilan pusat khidmat pelanggan Toyota yang mengatakan kereta saya dilarikan perompak,” katanya.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumahnya, sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu berhenti di hadapan keretanya.
Hanya dalam tiga minit, salah seorang penjenayah berjaya membuat ‘kerjanya’ dengan begitu pantas.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan nombor pendaftaran Honda Civic yang digunakan suspek adalah palsu.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat