ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Lexus Paparkan Kereta Konsep SUV Elektrik, LF-Z Electrified Concept, Padat Dengan Kecanggihan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Lexus telah memperkenalkan LF-Z Electrified Concept semasa 2022 Vietnam Auto Show baru-baru ini. Ini merupakan model keluaran Lexus pertama yang dibina berlandaskan platform elektrik penuh syarikat jenama mewah Jepun tersebut. Kereta konsep yang dipamerkan ini adalah previu kepada SUV elektrik generasi baharu yang akan dikeluarkan syarikat pada masa akan datang.


FILEM PENDEDAHAN LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT



PEMANDUAN LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT



LF-Z Electrified Concept dikatakan dapat mencapai jarak perjalanan sejauh 600 km dengan cas penuh dan boleh melakukan pecutan mencapai 100 km/j dalam masa hanya 3 saat. 




Seperti yang kita boleh jangkakan daripada sebuah kereta elektrik mewah, model ini padat dengan pelbagai teknologi pemanduan canggih seperti yang berikut:

  • Sistem pacuan semua roda Direct4, yang telah diuji di trek mini-Nurburgring Shimoyama. Teknologi ini telah direka agar dapat mengekalkan tahap kestabilan yang tinggi semasa melakukan pecutan dan sewaktu di selekoh. 

  • Teknologi steer-by-wire membolehkan kereta dikawal mudah dengan pusingan stereng yang minimum, sekaligus meningkatkan ketepatan kawalan. 


REKA BENTUK LUARAN LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT




Dari luar, terserlah reka bentuk yang sesuai dengan teknologi canggih yang ditampilkan, begitu moden dan futuristik.


KABIN LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT





Menurut Lexus, syarikat mengetengahkan konsep kokpit Tazuna, perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud ‘tali yang digunakan untuk mengawal kuda.’ Dalam konteks rekaan model ini, setiap elemen di dalam kabin dihasilkan dengan penuh teliti agar dapat memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pemandu. 


Kokpit mesra pemandu ini dilengkapkan dengan skrin yang berbentuk dan berwarna seperti ‘rama-rama hitam’


Dihasilkan berdasarkan kajian terkini dalam terapi cahaya, Lexus menyempurnakan atmosfera di dalam kabin dengan pencahayaan ambien yang boleh diubah mengikut mood penumpang/pemandu. 


Selain itu, dari segi hiburan, model ini menggunakan sistem audio Mark Levinson. Sistem terkini yang akan memberikan kualiti audio terbaik kepada setiap penumpang kereta. 


LAIN-LAIN




LF-Z Electrified Concept dilengkapkan dengan pelbagai lagi teknologi lain seperti:

  • Kecerdasan buatan (AI): Teknologi AI yang digunakan boleh mencadangkan laluan terbaik, selain boleh membantu dalam kawalan rumah pintar (smart home)

  • Lexus Teammate: Teknologi pemanduan autonomi terkini Lexus

  • Bumbung elektrokromik: Bumbung panoramik diperbuat daripada kaca kawalan cahaya (light-controlling glass). 

  • Kunci digital: Pintu kereta boleh dibuka/ditutup menggunakan telefon pintar

  • E-Latch: Pintu boleh dibuka dengan sentuhan butang


PERANCANGAN MASA DEPAN KERETA ELEKTRIK LEXUS 


Lexus merancang untuk menawarkan varian EV bagi kesemua modelnya menjelang tahun 2025 dan seterusnya menjadi  jenama pengeluar EV sepenuhnya menjelang 2035. 


VIDEO PENDEDAHAN TERPERINCI LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT




Apa pendapat anda tentang kereta konsep terbaharu daripada Lexus ini?


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Pengganti Lexus LFA Ialah EV Dengan Transmisi Manual? Pendedahan Dari Bos Lexus

Baca: Lexus RX Hadir Dengan Trenkuasa PHEV, Turbo Hibrid

Baca: [KAJIAN] Pemandu EV & Hibrid Lebih 'Relaks' Dari Pemandu Lain

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU7184

SELANGOR

BSU5201

JOHOR

JG1465J

PULAU PINANG

PSG6018

PERAK

APM3984

PAHANG

CFJ1773

KEDAH

KGJ5296

NEGERI SEMBILAN

NEM3489

KOTA KINABALU

SJU6323

KUCHING

QAB7901P

Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

29-12-2025
Global

03-12-2025
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Global

04-11-2025
Global

31-10-2025
Global

14-10-2025
Global

26-09-2025

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.