Pembukaan Pusat 4S Volkswagen di Setia Alam

Volkswagen and Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah merasmikan pembukaan pusat 4S Volkswagen yang ketiga di bawah kendalian rakan pengedar, Goh Brothers Motor. Pusat 4S terbaharu ini terletak di Setia Alam, Selangor.
Fasiliti empat tingkat dengan keluasan 60,000 kaki persegi ini menampilkan identiti korporat visual terkini Volkswagen. Ruang pamerannya yang berkeluasan 2,970 kaki persegi boleh memuatkan sehingga 8 unit kenderaan pada satu-satu masa. Selain itu, turut disediakan lounge sebagai ruang santai para pelanggan sementara menunggu.

VW Golf R-Line
Untuk perkhidmatan penyelenggaraan atau servis kereta, dua tingkat yang berkeluasan 10,200 kaki persegi digunakan. Ruang servs ini boleh menempatkan sehingga 30 kenderaan sehari dan dikendalikan oleh 15 juruteknik berpengalaman.
Sempena pembukaan cawangan baharu ini, pelanggan dengan kenderaan yang belum diselenggara lebih daripada enam bulan boleh mengunjungi cawangan ini untuk mendapatkan diagnostik keselamatan 20 mata secara percuma sepanjang bulan Oktober.

Logo Volkswagen pada roda R-Line
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Pembukaan cawangan ini turut mengembangkan rangkaian pengedaran dan menperkukuhkan jenama Volkswagen di negara ini. Tahniah kepada Goh Brothers kerana membuka cawangan ini dan kami hargai komitmen mereka terhadap jenama ini.”
Pengarah urusan Goh Brothers, Goh Kian Sin pula berkata, “Dengan mengembangkan perniagaan di kawasan baharu ini, Volkswagen Setia Alam disasarkan untuk memberikan perkhidmatan buat para pelanggan d kawasan sekitar termasuk Shah Alam dan Klang. Kami mengalu-alukan kedatangan peminat dan pelanggan Volkswagen untuk berkunjung ke pusat 4S kami dan nikmati pengalaman pemilikan dengan Goh Brothers Motor.”
Berikut adalah butiran penting mengenai Volkswagen Setia Alam:
Alamat: U13, 22 A Persiaran Setia Dagang Seksyen, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (8.30 pagi - 5.30 petang) Kecuali Perkhidmatan Selepas Jualan Yang Hanya Dibuka Pada Hari Isnin - Sabtu
Baca: Volkswagen Labur Hampir RM90 Bilion Untuk Bangunkan Bateri EV
Baca: Volkswagen, Audi Kitar Semula Bateri EV Dengan Syarikat Redwood, CEO Ialah Pengasas Bersama Tesla
Baca: Harga Volkswagen Golf R-Line Versi CKD Akhirnya Diumumkan, Dari RM170K! Ini Spesifikasinya...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge