Pernah Jumpa 7 Jenis Pemandu Ini Ketika Memandu? Kongsikan Pengalaman Anda!

Seperti sedia maklum, terdapat pelbagai jenis pemandu di negara ini, ada yang gemar memandu laju dan tidak kurang yang memandu seperti "kura-kura" di lorong laju.
Malah, ada juga yang gemar memotong kereta, menyalakan lampu bertubi-tubi dan terdapat segelintir pemandu yang suka membunyikan hon ketika berada dalam keadaan marah.
Teringat masa saya mula-mula memandu kereta kira-kira 15 tahun lalu, level keyakinan dalam pemanduan ketika itu sememangnya amat rendah.
Nyata, ketika itu tiada mana-mana pemandu yang bersimpati dengan saya walaupun tertera pelekat “P” di hadapan dan belakang cermin kereta.
Sebaliknya, hampir semua pemandu membunyikan hon kerana tidak berpuas hati dengan pemanduan saya yang mungkin terlalu perlahan buat mereka.
Maklumlah, ketika itu saya memandu kereta manual sememangnya saya memerlukan IQ yang tinggi untuk menyeimbangkan klac dan pedal minyak.
Di sebalik sikap pemandu di Malaysia, maka tidak hairanlah statistik menunjukkan 3,700 mangsa mati akibat cedera dalam kemalangan pada setiap hari.
Maka, adalah sangat penting untuk sentiasa menyedari apa yang kita lakukan di atas jalan raya dan janganlah sehingga cara pemanduan kita itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain sehingga meragut nyawa orang tidak bersalah.
Tahukah anda setiap pemandu mempunyai gaya pemanduan, budaya dan personaliti yang berbeza tetapi bagaimana anda boleh mengetahui jenis pemanduanpemandu anda berdasarkan cara anda memandu?
Ketahui siapa tujuh jenis pemandu ini!

1. Kaki Pecut
Jenis kaki pecut ini lazimnnya mereka mahu merasai keseronkan di atas jalan raya dan sanggup melanggar semua peraturan had laju.
Mereka suka mengekori kenderaan lain dengan jarak yang dekat asalkan mereka puas hati memandu. Namun tahukah anda, memandu laju juga boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan, kenderaan berpusing seolah-olah seperti kereta sedang bergerak laju sedang bergerak manakala cengkaman tayar pula cukup rendah.
2. Pandu Perlahan
Adalah sukar untuk percaya tetapi pemandu jenis ini juga boleh membahayakan nyawa orang lain. Bayangkan pemandu ini yang memandu di bawah had laju boleh menyebabkan pemandu lain yang berada di belakang mereka menekan brek kecemasan kerana semata-mata mengelak daripada merempuh kereta di hadapan. Lazimnya kes kemalangan seumpama ini berlaku gara-gara brek pramatang.
3. Pemandu Gemuruh
Ada juga pemandu yang mudah gemuruh setiap kali mereka memegang stereng. Jika anda terserempak pemandu jenis ini, jangan memandu laju sebaliknya tunjukkan anda memandu secara perlahan dan apa yang penting jarakkan kenderaan anda dengan selamat.

4. Lalai
Pemandu jenis ini hanya menyumbang kepada kemalangan dalam sekelip mata. Bayangkan, mereka boleh menyebabkan kemalangan walaupun cuma memandang ke arah telefon mereka. Kesilapan kecil ini boleh menyebabkan penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki terlibat dalam kemalangan.
5. Panas Baran

Ini ialah tabiat pemandu yang paling popular. Golongan ini mudah hilang kawalan ketika berada dalam keadaan marah, pendek kata tak boleh bawa bincang.
6. Baik Hati
Ada juga pemandu yang baik hati. Lazimnya, mereka akan memberi laluan kepada pemandu lain, jarang membunyikan hon dan cukup bertoleransi ketika berada di atas jalan raya.

7. Gemar Solek
Ini sudah pastinya pemandunya adalah wanita. Memang ramai wanita suka bersolek dalam kereta termasuk penulis. Bukan apa, selalunya sibuk mengurus anak ke sekolah, siapkan sarapan, memang masa itu cukup suntuk untuk bersolek. Jadi, terpaksalah bersolek dalam kereta. Jika anda menemui golongan wanita yang sibuk bersolek, lebih baik potong kenderaan ini untuk anda elak lambat ke tempat yang dituju.
Ini antara 7 sikap pemandu yang didedahkan Liberty Insurance baru-baru ini.
Jadi anda pemandu yang mana satu?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW5529
SELANGOR
BSP6787
JOHOR
JYV9728
PULAU PINANG
PSB9375
PERAK
APH2157
PAHANG
CFG4096
KEDAH
KGF6747
NEGERI SEMBILAN
NEK3085
KOTA KINABALU
SJR7235
KUCHING
QAB7108N
Terakhir Kemas Kini 07 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Analisis: Lesen Seumur Hidup: Adakah Sudah Tiba Masa Ia Dikaji Semula?
Bukan Diskriminasi, Tapi Perlindungan: Kenapa Pemandu Veteran Perlu Disaring.
06-05-2026
Kenapa Kereta Bawah 5 Tahun dan Pemilik EV Boleh Jual Kereta Lebih Tinggi Melalui Konsainan di CariCarz Automall
Jangan terpedaya dengan tawaran trade-in yang rendah rendah! Ketahui bagaimana konsainan di Caricarz Automall membantu anda dapatkan harga lebih tinggi untuk kereta di bawah lima tahun.
05-05-2026
Panduan ‘Baik Beli’ 2026: Cara Pilih Kereta Ikut Gaji, Bukan Ikut Komen Netizen
Fenomena ‘Baik Beli’: Adakah Kita Semakin Bijak Atau Sekadar Terikut-ikut?
30-04-2026
Kabin Bahang & Kos Tinggi: Adakah Bumbung Panoramik Masih Relevan Untuk Rakyat Malaysia?
“Bumbung Panoramik: Cantik Dipandang, Tapi Praktikal Ke?
30-04-2026
Jangan Biar Lelaki Perlekehkan Anda! Rahsia Mudah Pam Angin Yang Semua Wanita Patut Khatam
Walaupun bukan semua, tetapi masih ada segelintir wanita masih takut untuk pam angin tayar kereta, ini tips untuk anda!
28-04-2026
Angkat Wiper Masa Parkir Tengah Panas: Tabiat Bijak Atau Sebenarnya Kerja Sia-Sia?
Kalau Tayar Tak Cair Tengah Panas, Kenapa Wiper Perlu Diangkat?
28-04-2026
Bumbung Kereta Salut Fabrik Nampak Mewah, Tapi Jadi ‘Sampah’ Lepas 5 Tahun
"Siling Kereta 'Lendut' Macam Kelambu? Ini Punca Sebenar & Kos 'Sakit Tekak' Yang Anda Perlu Tahu!
28-04-2026
Satu Saat Terleka, Seumur Hidup Menyesal: Tips Elak Tinggal Anak Dalam Kereta
Elak Tragedi Tertinggal Anak Dengan 5 Langkah Ini.
24-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat