Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong Tol Akan Diperkenal 2025

Contoh tol tanpa palang.
Tahukah anda, tiada sebarang plaza tol dengan lorong-lorong dan palang di New Zealand, sebaliknya hanya menggunakan sistem gantri (seperti palang di atas yang melintasi jalan).
Nampaknya, senario yang sama bakal berlaku di Malaysia tidak lama lagi.
Dikhabarkan, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025 bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol.
Perkara itu disahkan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

FADILLAH
Lebih menarik, cadangan itu sudah dipersetujui Jemaah Menteri.
Ini bermakna, berbaki tiga tahun, kita sudah tidak perlu memberhentikan kenderaan untuk membayar tol dan apa yang penting, tiada sebarang kewujudan palang tol.
Tahniah Malaysia!
Bagi saya ia merupakan satu alternatif cukup bernas berbanding melupuskan kenderaan lama berusia 10 tahun ke atas semata-mata untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini.
Apa pula pandangan anda?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1896
SELANGOR
BST1322
JOHOR
JC8464J
PULAU PINANG
PSE9351
PERAK
APK8494
PAHANG
CFH5135
KEDAH
KGH6571
NEGERI SEMBILAN
NEL5289
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 23 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat