Abarth Akan Dilancar Pada 22 November, Harga Tidak Didedahkan Lagi

Pengeluar kereta Stellantis akan menayangkan secara rasmi model hot hatch berkuasa elektrik, Abarth 500 pada 22 November ini.
Ini menandakan buat julung kalinya, Abarth menggunakan kuasa elektrik selepas 15 tahun.

Buat masa ini, tidak begitu banyak info diketahui namun beberapa imej teaser sudah pun tersebar luas di media sosial.
Ia memaparkan model EV itu hadir dengan rim silver, ada logo kala jengking berwarna kuning di tengah-tengah rim dan warna jentera berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Fiat, Olivier François berkata, keseluruhan reka bentuknya adalah lebih kurang sama dengan imej teaser.
Selain itu, ia hadir dengan bampar hadapan yang diperbaharui dengan gril honeycomb dimana ia kelihatan lebih agresif, sambungan sill di bahagian sisi, bampar belakang pula hadir dengan diffuser dan spoiler belakang pula agak besar.

Dari segi prestasi, ia dilengkapi dengan bateri 42-kWj dimana ia mampu menghamburkan kuasa 118hp. Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam(km/j) hanya dalam 9 saat.
Sementara itu, kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga 150 km/j dan mampu melakukan jarak pemanduan sejauh 320 kilometer.
Ia yang seberat 1,400 kilogram turut dilengkapi dengan persediaan casis yang lebih fokus kepada suspensinya, brek yang lebih kuat dan sterengnya sudah diubah suai.

Dikatakan dengan kelahiran Abarth 500 ini, jenama itu sudah tidak lagi mengeluarkan model yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.
Ada juga yang mengatakan kenderaan elektrik sepenuh Abarth akan dilancarkan selewat-lewatnya pada tahun 2025 .

Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1869
SELANGOR
BSS7356
JOHOR
JC4347J
PULAU PINANG
PSE6972
PERAK
APK6650
PAHANG
CFH4526
KEDAH
KGH5491
NEGERI SEMBILAN
NEL4381
KOTA KINABALU
SJT5404
KUCHING
QAB4036P
Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat