- Berita
- Berita Auto
- Anwar Ibrahim Dilantik Menjadi Perdana Menteri Malaysia, Harap Kotakan Janji Dalam Manifesto
Anwar Ibrahim Dilantik Menjadi Perdana Menteri Malaysia, Harap Kotakan Janji Dalam Manifesto

Walaupun berita ini tiada kena-mengena dengan dunia automotif, namun menyentuh mengenai kemelut politik tanah air, nampaknya ia sudah berakhir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.
“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
"Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," demikian menurut kenyataan Istana Negara.
Di sebalik pelantikan ini, semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya untuk menyemak semua perjanjian konsesi lebuh raya di negara ini bagi mendapatkan harga terbaik.
Untuk info, tawaran semakan tol pernah menjadi tawaran PH ketika PRU14 pada 2018, yang sebelum ini menyaksikan kadar tol di lebuh raya PLUS dan LPT2 diturunkan sebanyak 18 peratus.

"Kami berazam untuk terus mengurangkan tol PLUS secara beransur-ansur dengan matlamat utama untuk menghapuskan tol dan mengembalikan lebuh raya PLUS kepada pemilikan awam," katanya Anwar ketika berkempen.

Berikut adalah Manifesto Pakatan Harapan:
- Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi warga emas berbanding diskaun 50 peratus pada masa kini.
- Kurangkan tol di PLUS.
- Had tambang RM5 sehari bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
- Membenarkan penggunaan kenderaan mobiliti mikro seperti e-skuter dan e-basikal bagi menyediakan ‘first and last mile connection’ (menggunakan pengangkutan awam dari awal hingga ke akhir perjalanan)
- Pertambahan 10,000 unit bas awam di seluruh negara dengan 7,000 daripadanya beroperasi di Lembah Klang.
- Waktu menunggu mana-mana pengangkutan awam tidak lebih 10 minit.
- Memperluaskan lagi kaedah pembayaran pengangkutan dengan memperkenalkan bayaran kad debit dan e-wallet (bukan hanya dengan kad Touch n Go seperti sekarang).
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7965
SELANGOR
BSU9404
JOHOR
JH1971J
PULAU PINANG
PSH3149
PERAK
APM8064
PAHANG
CFJ3724
KEDAH
KGJ7546
NEGERI SEMBILAN
NEM5471
KOTA KINABALU
SJV1147
KUCHING
QAB9703P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge