BMW Group Malaysia Umum 10 Finalis BMW Shorties 2022

BMW Shorties, pertandingan filem pendek yang paling berprestij dan paling lama penganjuran di Malaysia telah mengumumkan 10 Finalis Terbaik bagi edisi pertandingannya untuk tahun 2022.
Para finalis tahun ini juga akan bertanding untuk memenangi Anugerah Pilihan Popular BMW Shorties 2022, yang kini telah dibuka untuk menerima undian warga umum di bmwshorties.com.my.

Para Finalis BMW Shorties 2022 (bukan dalam urutan tertentu) ialah:
• RED IS THE COLOUR I DON’T WANT TO SEE oleh Syalikh Nazrul
• 明日后 Ž - After Tomorrow oleh Arthur Liew
• Mencari Gelombang oleh Bujoq
• Villa Rosly oleh Nadhir Nasar
• Fasa oleh Syahmi Norsan
• Role Model oleh Zac Lee
• Melayu Nuckal oleh Izaq Yuzaini
• STORY 2: REGARDLESS, I STILL LONG FOR YOU | 不管所发生的一切,我依然渴望你 oleh Syukri A Rahim
• The Secret Club oleh Chen Wei Choon
• Sayang oleh Roanne Woo

“Pada tahun ini, kami telah menerima 93 penyertaan yang mempersembahkan pelbagai cerita berlandaskan tema ‘reimaginasi’, ketika kita melangkah masuk ke era industri kreatif yang baharu selain berhadapan dengan pandemik Covid,” katanya dalam satu kenyataan.
BMW Shorties akan mengumumkan Pemenang Hadiah Utama ke-15 pada 10 Disember ini yang akan diadakan REXKL di mana juara akan membawa pulang geran produksi bernilai RM80,000.
Pelbagai faset pembikinan filem yang lain juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti: Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular serta kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini, Anugerah Pelajar Terbaik.
Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk memilih pemenang Anugerah Pilihan Popular dengan mengundi, yang boleh dibuat mulai hari ini hingga 10 Disember 2022.
Untuk keterangan lanjut, layari www.bmwshorties.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge