ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Civic e:HEV RS Telah Dilancarkan – Hibrid 2.0L Sporty, 181 hp, Harga Dari RM166K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Sebentar tadi, Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda Civic e:HEV RS, varian terbaharu dalam barisan Honda Civic yang kini didatangkan dengan trenkuasa 2.0L e:HEV – pertama kali bagi model ini dan juga untuk Honda Malaysia. Harganya bermula daripada RM166,500, harga atas jalan, tanpa insurans.

KUASA & PRESTASI HONDA CIVIC E:HEV RS

Honda Civic e:HEV RS menggunakan enjin dengan suntikan terus bahan api 2.0L teknologi terkini daripada Honda yang digandingkan dengan dua buah motor elektrik. Motor utama yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan kereta memiliki output kuasa setinggi 181 hp (135 kW)/315 Nm. Selain itu, varian ini turut dibekalkan dengan bateri litium-ion 72 sel 1.05 kWj yang dipasangkan di dalam Intelligent Power Unit (IPU).


Pada kebanyakan masa, enjin petrol kereta hanya digunakan sebagai penjana untuk mengecas kuasa bateri kereta. Dalam keadaan tertentu, motor elektrik akan bergabung dengan tenaga enjin dan oleh kerana itu ia masih dilengkapkan dengan transmisi e-CVT.

LUARAN HONDA CIVIC E:HEV RS


Seperti namanya, Civic e:HEV RS tampil dengan gaya sporty. Antara ciri menarik bahagian luar kereta ialah bezel lampu depan dan gril depan dalam kemasan krom, pemegang pintu berwarna hitam separa krom dan juga ciri eksklusif e:HEV RS iaitu logo H yang dikelilingi warna biru dan juga logo e:HEV.  Ia turut diberikan lencana ‘RS’ pada gril hadapan dan spoiler belakang dalam kemasan hitam berkilat.  Selain itu, varian ini turut menggunakan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci dengan satu tip ekzos pada bahagian belakang. Dari segi warna, varian ini akan ditawarkan dalam warna Ignite Red, Meteoroid Gray, Platinum White Pearl dan Crystal Black Pearl. 

KABIN HONDA CIVIC E:HEV RS


Bergerak ke bahagian dalam, buat pertama kalinya Honda Malaysia memperkenalkan kluster instrumen Full TFT Meter bersaiz 10.2 inci. Selain itu ia turut dihadirkan dengan ciri unik lain seperti pengecas tanpa wayar dan Key Card (kunci yang berbentuk kad). Ciri lain ialah sistem infotainmen bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar.

Paparan Power Flow pada sistem infotainmen kereta

Dari segi kualiti kabin, Honda telah meningkatkan keselesaan yang mana ciri Active Noise Control (ANC) berfungsi secara serentak dengan Active Sound Control (ASC) untuk mengurangkan Noise, Vibration and Harshness (NVH) kereta.

CIRI KESELAMATAN HONDA CIVIC E:HEV RS

Sepertimana model-model Honda yang lain, Civic e:HEV RS didatangkan dengan pakej keselamatan lengkap Honda SENSING yang merangkumi:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)

  • Lead Car Departure Notification (LCDN)

  • Road Departure Mitigation System (RDM)

  • Adaptive Cruise Control (ACC)

  • Low Speed Follow (LSF)

  • Lane Keep Assist System (LKAS)

  • Lane Departure Warning (LDW)

  • Forward Collision Warning (FCW)

  • Auto High Beam (AHB)


Selain itu, varian ini turut lengkap dengan ciri lain seperti  Honda LaneWatch, Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start, Rear Seat Belt Reminder dan Driver Attention Monitor. 


Turut ditawarkan ialah sistem Honda CONNECT yang menggunakan teknologi inovatif, Telematik. Fungsi utama Teknologi Telematik dalam Honda CONNECT termasuk Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Jarak Jauh, Aplikasi Keselamatan, Penjejakan Kenderaan dan Perkhidmatan Sokongan. 


HARGA HONDA CIVIC E:HEV RS


Civic e:HEV RS ditawarkan pada harga RM166,500.00, harga atas jalan, tidak termasuk insurans. Harga termasuk jaminan tanpa had selama 5 tahun serta jaminan tambahan tanpa had perjalanan selama 8 tahun bagi sistem bateri hibrid. Menurut Honda Malaysia, tempoh menunggu varian Civic hibrid ini dikatakan antara dua ke tiga bulan, sementara versi standard (petrol) pula lebih lama, iaitu lapan bulan.


Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana pengedar Honda terdekat di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda, 1-800-88-2020. Anda juga boleh melayari www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE8924

SELANGOR

BSR3961

JOHOR

JYB9073

PULAU PINANG

PSD5369

PERAK

APJ5981

PAHANG

CFG9847

KEDAH

KGG8430

NEGERI SEMBILAN

NEK8197

KOTA KINABALU

SJS8454

KUCHING

QAB1484P

Terakhir Kemas Kini 04 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Global

02-08-2024
Global

24-05-2024
Global

09-05-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.