ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Funding Societies Sediakan Kemudahan Pinjaman Kepada Pengedar Kereta Proton Terpakai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

(Kiri) Pengurus Besar Proton Edar, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa; (Kanan) Ketua Negara, Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon

Platform pembiayaan digital PKS terbesar Asia Tenggara, Funding Societies kini bekerjasama dengan pengeluar kereta negara, Proton, untuk memberikan bantuan kredit kepada pengedar Proton bagi pembelian penstokan lantai atau floor stocking. 

Ketua Negara, Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon berkata, “Permintaan terhadap kenderaan peribadi menunjukkan peningkatan sejak separuh kedua 2020. Pertumbuhan ini disumbangkan oleh kebimbangan terhadap pengangkutan awam (krisis kesihatan Covid-19) serta dasar kerajaan berketepatan semasa pandemik.

"Dengan fasiliti kredit pusingan Funding Societies, pengedar Proton boleh memanfaatkan pertumbuhan terbabit dengan meningkatkan inventori bagi tujuan jualan dengan meningkatkan inventori stok lantai kereta terpakai.


"Selaras dengan misi Funding Societies untuk memperluas kemudahan pembiayaan kepada PKS (perusahaan kecil dan sederhana) terpinggir yang berkelayakan kredit, kemudahan kredit pusingan ini memberikan pengalaman pembiayaan lebih lancar kepada pengedar Proton,” jelasnya. 

Kemudahan pembiayaan ini boleh digunakan pada bila-bila masa sebaik diaktifkan. Pengedar juga boleh mengakses sistem pembiayaan rantaian bekalan dalam talian Funding Societies untuk menguruskan fasiliti pembiayaan masing-masing. 

Sejak mula diwujudkan pada tahun 2019, unit Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) Proton telah memperkenalkan prosedur operasi dan menyediakan latihan kepada Pemeriksa Kereta Terpakai untuk menguruskan transaksi di setiap cawangan dan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan jangkaan yang ditetapkan jenama. Kini, Proton telah memiliki sebanyak 35 cawangan  jualan kenderaan terpakai, PROTON Certified Pre-Owned (PCPO) di seluruh negara. 


Pengurus Besar Proton Edar, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa menjelaskan, “Pengedar yang berminat untuk membuat permohonan pembiayaan boleh melakukannya melalui platform dalam talian Funding Societies. Mereka boleh memberikan pinjaman sehingga 85% daripada jumlah transaksi dengan tempoh pembayaran balik sehingga 90 hari.

"Dengan kemudahan pinjaman ini, pengedar kami dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan meningkatkan modal jangka pendek untuk menguruskan aliran tunai dan juga untuk urusan pembelian kereta baharu daripada Proton Edar," katanya.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-08-2024
Berita Auto

05-07-2023
EV

19-01-2023
Tips

Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident

Panduan Lengkap Beli Kereta Terpakai: Cara Kenal Pasti Kesan Major Accident.

11-05-2026
Berita Auto

21-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.