ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Halalkan Semua Ya Ibu..." Kata-Kata Terakhir Sebelum Terlibat Kemalangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sering berbual tentang kematian sebelum pergi, seorang ibu tunggal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi semalam, di Dungun, Terengganu. 


Wanita tersebut, Safitri Mulyana Mohamad, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Perodua Viva yang dipandu hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kanan jalan sebelum bertembung dengan lori dari arah bertentangan. 


Tragedi tersebut berlaku pada jam 8.51 pagi di Kilometer 74.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Tanjung Pagar. 


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, "Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Dungun ke Kuala Terengganu, kereta dipandu dipercayai terbabas dan bertembung dengan sebuah lori.




"Sebuah lagi kereta jenis Proton Saga yang berada di belakang kenderaan mangsa cuba mengelak tetapi gagal dan berlaku pergeseran.


"Mangsa yang parah tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba," katanya.


Kemalangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


MANGSA SEORANG IBU TUNGGAL


Norshikin Mustaffa, 64, ibu mangsa berkata hatinya tidak sedap apabila anak masih tidak pulang selepas keluar membeli sarapan. 


"Saya rasa susah hati apabila dia lambat pulang sebelum mendapat tahu dia terbabit dengan kemalangan.


"Anak saya ibu tunggal dan kami tinggal bersama di kampung Gong Pasir," katanya.


BANYAK BERBICARA TENTANG KEMATIAN


"Semalam (Isnin) dia bawa saya ke hospital untuk jumpa pakar mata dan ketika dalam perjalanan dia cakap tentang mati.




"Dia juga meminta saya halalkan setiap air susu yang diberikan ketika kecil sekiranya sudah meninggal dunia," kongsi ibu tua tersebut.


Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.


Sumber: Sinar Harian


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: [VIDEO] Hilang 4 Keluarga Serentak, Lelaki Ini Meraung Sambil Rangkul Anak

Baca: Bahana Tidak Sabar! Langgar Lampu Isyarat, 1 Maut

Baca: Pintu Kereta Dirempuh Hancur! Video Live Peniaga Ini Mengejutkan Orang Ramai

Baca: Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9857

SELANGOR

BSU2659

JOHOR

JF3530J

PULAU PINANG

PSG1920

PERAK

APL9589

PAHANG

CFH9422

KEDAH

KGJ3714

NEGERI SEMBILAN

NEM2051

KOTA KINABALU

SJU4442

KUCHING

QAB7190P

Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.

05-10-2026
Berita Auto

Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan

Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.

05-10-2026
Berita Auto

PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800

ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.

05-10-2026
Berita Auto

Malaysia Berpeluang Anjur Semula F1 di SIC

Adakah Formula 1 Bakal Pulang ke Sepang?

05-10-2026
Berita Auto

Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia

Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.

05-10-2026
Berita Auto

Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan

Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?

05-10-2026
Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.