Ini Dia Manifesto Pengangkutan & Automotif BN, PN & PH

Dalam artikel kali ini, admin kongsikan kesemua manifesto berkaitan pengangkutan atau automotif yang dijanjikan oleh parti-parti politik Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negara. Teruskan membaca.
MANIFESTO PENGANGKUTAN/AUTOMOTIF BN
Dalam aspek kenderaan elektrik (EV), BN berjanji untuk menghapuskan permit import (AP) bagi semua jenis EV. Tujuannya adalah untuk membuatkan EV menjadi lebih mampu milik bagi orang ramai.
Ini bermaksud BN akan meneruskan lagi pengecualian AP EV yang telah diperbaharui dalam bajet 2023 yang telah diumumkan pada bukan Oktober lalu oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul. Berdasarkan pembentangan bajet tersebut, kos AP bagi setiap EV yang diimport dimansuhkan sehingga penghujung tahun 2023.
Selain itu, BN turut berjanji untuk mengembalikan perkhidmatan Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak.
MANIFESTO PENGANGKUTAN/AUTOMOTIF PN

Berikut adalah manifesto berkaitan pengangkutan/automotif daripada PN:
Mewajibkan syarikat p-hailing dan e-hailing menyediakan perlindungan insurans takaful kepada semua pekerja.
Pekerja yang bekerja sepenuh masa dengan syarikat ini akan menerima potongan cukai khas.
Insentif RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang melanjutkan pengajian di IPT yang diiktiraf.
Perkhidmatan bas sekolah percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar.
Mempercepat pembangunan lebuh raya
Mengurangkan kesesakan trafik dengan menambah laluan di lokasi yang strategik dan menggunakan sistem tol tanpa palang
MANIFESTO PENGANGKUTAN/AUTOMOTIF PH

Berikut adalah manifesto berkaitan pengangkutan/automotif daripada PH:
Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi warga emas berbanding diskaun 50 peratus pada masa kini.
Mengurangkan lagi tol Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
Memperkenalkan had tambang RM5 sehari bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Memperkenalkan peraturan bagi membenarkan penggunaan kenderaan mobiliti mikro seperti e-skuter dan e-basikal bagi menyediakan ‘first and last mile connection’ (menggunakan pengangkutan awam dari awal hingga ke akhir perjalanan)
Pertambahan 10,000 unit bas awam di seluruh negara dengan 7,000 daripadanya beroperasi di Lembah Klang
Waktu menunggu mana-mana pengangkutan awam tidak lebih 10 minit
Memperluaskan lagi kaedah pembayaran pengangkutan dengan memperkenalkan bayaran menggunakan kad debit dan e-wallet (bukan hanya dengan kad Touch n Go seperti sekarang)
Apa pendapat anda mengenai manifesto setiap parti? Kongsikan di ruangan komen.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8342
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2084J
PULAU PINANG
PSH3240
PERAK
APM8236
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7613
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge