ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lagak Samseng: Tak Puas Hati Kena Hon, Suka Hati Pecahkan Kereta Orang

Suhana Veru

Kongsi melalui


Hanya kerana bunyikan hon, cermin kereta kena pecah!

Itu yang berlaku ke atas seorang pemandu kenderaan utiliti sukan di di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Klip video yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan seorang penunggang motosikal bertindak samseng apabila dia dirakam menggunakan topi keledar untuk memecahkan cermin sisi  sebuah SUV.

Difahamkan, kejadian berpunca gara-gara tidak puas hati kerana dihon pemandu SUV terbabit.

Penunggang motosikal itu dikatakan telah melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan pemandu SUV itu membunyikan hon beberapa kali.

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila penunggang motosikal berkenaan bertindak agresif.

Rakaman video itu turut menunjukkan, seorang wanita yang merupakan pembonceng motosikal itu pula  dilihat selamba duduk di atas motosikal, seolah-olah tiada perasaan dengan membiarkan lelaki tersebut melepaskan geram dengan memecahkan cermin kereta.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Nasihat kepada semua pengguna jalan raya, jangan sesekali mengambil tindakan sendiri sehingga membelakang undang-undang negara.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR4702

SELANGOR

BST9725

JOHOR

JE7397J

PULAU PINANG

PSF8056

PERAK

APL6952

PAHANG

CFH8324

KEDAH

KGJ2422

NEGERI SEMBILAN

NEM362

KOTA KINABALU

SJU2659

KUCHING

QAB6231P

Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

16-01-2026
Kereta Baru

31-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
Kereta Baru

24-06-2025
Kereta Baru

24-06-2025
Kereta Baru

26-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.