Pembeli Lega Dapat Kereta Yang Sudah Ditempah Lama

Rata-rata pembeli kini menarik nafas lega apabila mereka mula mendapat kereta yang ditempah sejak enam bulan lalu.
Seorang kakitangan kerajaan, Syahida, 33, berkata, dia dan suaminya cukup gembira apabila dimaklumkan bahawa kereta Honda RS yang ditempah sejak Mei lalu telah tiba di bilik pameran pada minggu lepas.

Kereta yang ditempah telah dikeluarkan pada minggu lepas.
“Sebaik kelulusan pinjaman bank selesai, saya dimaklumkan kereta yang ditempah akan diterima selewat-lewatnya dalam tempoh enam hingga 12 bulan kerana pengeluaran model yang dibeli saya mengalami gangguan bekalan yang dihadapi oleh salah satu vendor syarikat.

Syahida bergambar bersama keluarga dan kereta Honda Civic RS.
“Mahu atau tidak, saya akur untuk menunggu memandangkan kereta Myvi yang digunakan sekarang asyik rosak,” katanya ketika ditemui wartawan Caricarz.
Mengulas lanjut, ibu kepada seorang anak itu berkata, dia dan suaminya juga terpaksa menyewa kereta RM80 sehari sepanjang menunggu kereta baharu mereka.
"Setiap kali kereta masuk bengkel, kami terpaksa sewa kereta. Kami tidak mempunyai pilihan lain kerana kami berdua bekerja syif.
“Mujur, tunggu punya tunggu, kereta baharu yang ditempah sudah keluar seperti mana yang dijadualkan,” katanya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Slim River.
Bagaimanapun, jauh di sudut hatinya, mereka agak kecewa kerana membeli kereta baharu bukan seperti dahulu dimana pembeli hanya perlu menunggu dalam satu atau dua bulan.
Sebelum ini, Caricarz ada melaporkan bahawa pembeli perlu tunggu dua hingga enam bulan untuk mendapatkan kereta baharu yang ditempah.
Namun lain pula bagi Nurul Faizah Abdullah apabila memaklumkan bahawa dia tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan Perodua Axia yang ditempahnya pada Ogos lalu.
NURUL FAIZAH.
“Saya diberitahu salesman, Axia yang ditempah itu akan diterima pada Disember ini. Saya agak bernasib baik kerana tidak perlu menunggu begitu lama seperti orang lain,” ujarnya sambil memberitahu kereta yang dibelinya adalah secara tunai.
Muhammad Fuad Abu Bakar pula kesal kerana dia terpaksa menunggu kereta Perodua Bezza yang ditempahnya dalam tempoh 13 bulan lagi.
“Pada awalnya, saya dimaklumkan akan menerima kereta itu dalam lapan bulan sebaik pinjaman lulus namun sekarang lain pula ceritanya kerana saya perlu menunggu sehingga Ogos tahun depan.
“Bukan apa, saya memang memerlukan kereta untuk berulang-alik ke kuliah namun disebabkan kelewatan ini, saya terpaksa menggunakan pengangkutan awam,” ujarnya.
Bagaimanapun, ujarnya, menurut salesman, punca kelewatan itu adalah disebabkan kekurangan bekalan cip dan alat ganti dari dalam dan luar negara.
“Apapun, saya berharap pihak syarikat dapat mempercepatkan pengeluaran kereta, janganlah sampai bertahun kena tunggu,” luahnya.
“Untuk itu, jumlah pemasangan kereta menjadi semakin berkurangan gara-gara masalah cip dan alat ganti menyebabkan pembeli terpaksa menunggu lama.

Honda Civic e:HEV RS dilancarkan di Rawang, Selangor baru-baru ini.
Sementara itu, jurucakap Honda Malaysia mengakui masa penghantaran kereta kepada para pembeli sudah kembali seperti biasa.
Syarikat itu kini sedang berusaha untuk melakukan penghantaran kereta sekurang-kurangnya 80 peratus sebaik tempahan diterima ketika kerajaan menawarkan tempoh pengecualian Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST).
“Namun disebabkan bilangan tempahan yang agak banyak selain kekurangan bekalan cip yang berterusan, sesetengah model akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihantar kepada para pelanggan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Honda Civic e:HEV RS di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Penghantaran Honda HR-V dibuat kepada pelanggan pertama pada 18 Ogos lalu.
Bermula dengan Honda Civic e-HEV RS, tempoh menunggunya adalah sekitar dua hingga tiga bulan.


Sebaliknya, penghantaran varian Honda Civic generasi ke-11 yang dilancarkan secara rasmi oleh Honda Malaysia pada awal tahun ini pula akan mengambil masa lebih lama iaitu sekurang-kurangnya lapan bulan.
Ini kerana model tersebut telah menyaksikan jualan mencecah hampir 7,000 unit setakat September tahun ini dengan menguasai 81 peratus bahagian pasaran dalam segmennya.

Sumber dalaman Honda itu turut mengesahkan bahawa penghantaran model HR-V yang turut dilancarkan pada tahun ini pula menyaksikan tempoh menunggu yang lebih lama berbanding biasa iaitu selama setahun.
Namun sumber itu turut memberi jaminan bahawa tempahan yang dibuat ke atas model lain pula hanya perlu menunggu dalam tiga bulan.
Sementara itu, jurucakap Perodua pula enggan mengulas ketika ditanya mengenai status penghantaran kereta Perodua buat masa ini.
“Kami akan komen selepas musim pilihan raya umum selesai nanti, Insyallah ada berita baik,” katanya ringkas kepada Caricarz.
Tetapi apa pula kata PROTON?
Bagi mendapatkan reaksi berhubung isu yang sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah pula berkata, tempoh menunggu untuk tempahan kenderaan baharu telah disingkatkan.
“Secara purata satu hingga dua bulan namun semuanya bergantung kepada model dan varian.
“Sehingga Ogos tahun ini, PROTON telah menyerahkan 115,366 unit kenderaan sekali gus menunjukkan peningkatan 33.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021. Ini satu perkembangan positif,” katanya kepada Caricarz menerusi e-mel.

ROSLAN.
Melihat kepada perkembangan positif ini, PROTON turut menjangkakan jumlah jualan keseluruhan tahun 2022 akan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding dengan tahun 2021.
“Ini kerana tempahan menunjukkan trend menaik. Bagaimanapun, pihak PROTON akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan pasaran.
"Maka kami telah melaksanakan beberapa usaha seperti mengadakan kerjasama dengan vendor-vendor tempatan dan luar negara bagi menyediakan bekalan komponen yang mencukupi selain merancang pengeluaran yang stabil dan teratur.

"Malah, pihak PROTON juga telah mengambil langkah dengan menambahkan syif pengeluaran untuk meningkatkan jumlah pengeluaran," jelasnya.
Kongsikan pendapat jika anda merupakan salah seorang pembeli yang telah menempah kereta baharu?
Adakah anda sudah terima kereta yang ditempah atau masih menunggu?
Kongsikan luahan anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6479
SELANGOR
BSP7052
JOHOR
JYW1093
PULAU PINANG
PSB9635
PERAK
APH2414
PAHANG
CFG4179
KEDAH
KGF6933
NEGERI SEMBILAN
NEK3225
KOTA KINABALU
SJR7357
KUCHING
QAB7143N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.
06-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat