PROTON Catat Jualan Memberangsangkan, Buktikan Masih Ramai Minat Kereta PROTON

PROTON X50.
Sebelum dua bulan berakhirnya tahun 2022, Pengeluar kereta nasional PROTON sempat melonjakkan jualannya kepada 115,366 unit untuk tahun ini.
Angka jualan itu antara jumlah jualan tertinggi sejak tahun 2014 yang mana ia berjaya mengatasi 114,708 unit yang dicapai sepanjang tahun lalu.
Untuk bulan lepas sahaja, sebanyak 13,013 unit (domestik + eksport) berjaya dijual.
Selain mengenai hasil jualan bulanan, bayangkan tidak sampai empat tahun selepas melancarkan kenderaan utiliti sukan pertamanya pada 12 Disember 2018, PROTON telah menguasai segmen SUV dengan begitu pantas.
Mana tidaknya, PROTON muncul sebagai jenama SUV paling laris di Malaysian gara-gara pengeluaran Proton X50.
X50 menjadi peneraju jualan nasional bagi segmen SUV apabila sebanyak 3,602 unit telah diserahkan pada bulan Oktober dan ia kini mempunyai jumlah jualan 33,193 unit bagi tahun ini.
Sementara itu, Proton X70 berjaya dijual sebanyak 1,391 unit pada bulan lepas dan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 15,536 unit.

PROTON X70.
Berdasarkan data PROTON, sebanyak 48,729 unit SUV Proton telah diserahkan setakat tahun 2022.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, pihaknya mencatatkan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan sejak empat tahun berturut-turut selepas kemasukan pasaran SUV.

ROSLAN.
Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan walaupun terdapat pelancaran saingan baharu, model itu kekal sebagai peneraju kelas dan malah dinamakan sebagai SUV Besar Terbaik di Anugerah Pilihan Editor Carsifu 2022.
“Oleh itu, untuk meraikan ulang tahun yang keempat, kamimenawarkan hadiah yang terdiri daripada aksesori bernilai RM1,499, kadar faedah serendah 2.52% dan banyak lagi tawaran menarik daripada pengedar kami jika pelanggan membeli Proton X70 pada bulan ini,” katanya.
Menyentuh mengenai model yang laris di Malaysia, percaya atau tidak Proton Saga tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Ia mungkin disebabkan harganya yang berpatutan selain ada beberapa ciri-ciri canggih. Pada bulan lepas sahaja, sebanyak 5,262 unit telah diserahkan.

Proton Saga menyediakan sambungan telefon pintar.
Ini menjadikan jumlah jualan terkumpul adalah 45,965 unit sekali gus menandakan peningkatan sebanyak 42% berbanding tahun sebelumnya.
Peningkatan jumlah jualan ini membuktikan model Proton Saga baharu yang dikemas kini lebih popular dalam kalangan pelanggan berbanding model sebelumnya.
Selain Saga, Proton Persona dan Proton Iriz juga turut menunjukkan peningkatan jualan apabila 1,697 unit diserahkan pada bulan Oktober
Proton Persona kini mendahului sebanyak 0.4% daripada jumlah volum pada tahun sebelumnya, manakala Proton Iriz mencapai 661 unit pada bulan lepas.
Tidak ketinggalan, Proton Exora terus menerajuikelas MPV segmen C dan dengan 400 unit diserahkan, jumlah volum untuk tahun 2022 kini berada pada 3,508 unit.

PROTON turut menembusi pasaran di Afrika Selatan.
Selain daripada kejayaan pasaran tempatan, jumlah pertumbuhan eksportnya juga dilihat meningkat.
Sama seperti jualan domestik, Proton Saga adalah model paling banyak dijual dengan 2,106 unit diikuti oleh Proton X70 dengan 1,608 unit setakat ini.
Tahniah PROTON!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5204
SELANGOR
BSN7631
JOHOR
JYU1405
PULAU PINANG
PSB1295
PERAK
APG3874
PAHANG
CFG569
KEDAH
KGF514
NEGERI SEMBILAN
NEJ9258
KOTA KINABALU
SJR1924
KUCHING
QAB4971N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat